Wednesday, December 19, 2012

Abby akan bantu kempen PRU13

Wartawan Sinar Harian
19 Disember 2012
Abby Abadi
Abby Abadi
KANGAR - Bekas pelakon popular drama bersiri Gerak Khas, Abby Abadi berjanji akan membantu calon Pas berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Saya sanggup turun bersama Muslimat Pas sebagai perayu undi di seluruh pelosok negara pada PRU13 nanti.

“Kami cukup bersedia untuk sama-sama menggempur pihak lawan pada kempen pilihan raya nanti untuk merayu undi,” katanya ketika menyertai perhimpunan kebangkitan rakyat peringkat negeri di dataran Kompleks Pas Perlis di Jalan Kampung Pondok di sini, malam kelmarin.

Kira-kira 4,000 ahli Pas dan PR menghadiri program itu.

Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan berkata, beberapa rakan artis lain akan bersamanya tidak lama lagi untuk memberi sokongan kepada PR.

Sungguhpun mengakui dirinya adalah dari keluarga penyokong Barisan Nasional (BN) bahkan ayah dan ibunya ialah orang Umno tetapi hatinya lebih terbuka untuk memilih Pas kerana ada hikmah  di sebaliknya.

“Saya ingin membina rumah di syurga,” katanya sambil menyifatkan dirinya begitu tenang setelah menyertai Pas.
Abby menyifatkan penyertaannya dalam Pas sebagai jihad dalam kehidupannya setelah meninggalkan dunia lakonan.

“Saya rasa begitu bahagia sebagai seorang Muslimah yang akan meneruskan perjuangan mencari kebenaran dan keadilan bersama parti pilihan,” katanya.

Asri: 'Isu Amanat Hadi harus dihentikan'

HASLINA KAMALUDIN
19 Disember 2012
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
SHAH ALAM – Sambil menyifatkan isu Amanat Haji Hadi sebagai "kisah lama", bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, adalah lebih baik sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penarikan secara rasmi amanat yang pernah diberikan kepada ahli Pas lebih tiga dekad lalu.

Menurutnya, amanat yang berbunyi Umno itu kafir diungkapkan Hadi sewaktu angin kebangkitan Islam kira-kira 30 tahun lalu.
“Sungguhpun ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, tetapi Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat.

“Ini perkara lama. Amanat tersebut diungkapkan ketika zaman muda beliau (Hadi). Ketika itu angin kebangkitan Islam mempengaruhi segenap pemuda ditambah dengan ketegangan sistem Perlembagaan yang menjadi teras negara ini,” katanya kepada Sinar Harian mengulas gesaan dua mufti agar Hadi menarik balik amanat beliau.

Katanya, perkara sama turut berlaku kepada ramai tokoh-tokoh pemimpin muda pada ketika itu.
“Pas sekarang sudah lain. Saya melihat kepimpinan hari ini sudah tahu hala tuju perjuangan mereka. Hadi juga sudah bertemu dengan pemimpin parti lain termasuk Umno.

“Jadi, ahli parti itu sudah boleh mengagak dan tahu amanat lama sudah tidak ada lagi,” katanya.

Menurutnya, penggabungan Pas bersama Pakatan Rakyat (PR) juga memperlihatkan parti itu semakin realistik dalam perjuangan politik mereka.

“Jika dapat dibuktikan, masih wujud ahli yang berpegang teguh dengan amanat seumpama itu, bermakna Hadi perlu tampil membuat penarikan semula dengan segera,” katanya.
Tambah Asri, isu lama ini seharusnya tidak lagi dibangkitkan kerana ia akan mengundang pelbagai perkara lain yang boleh mendatangkan kontroversi.
“Seharusnya ia dihentikan. Jika tidak, akan muncul macam-macam lagi termasuk isu 13 Mei. Tutup buku lama.

“Semua pihak perlu melihat ke depan bukan membongkar kisah lama lagi. Ia sudah tidak relevan lagi,” katanya.

Friday, November 23, 2012

Masuk BN jika mahu jadi PM

Wartawan Sinar Harian
23 November 2012
Razali-Idris
$entry.content.caption.value
KUALA TERENGGANU – Pas perlu menyertai Barisan Nasional (BN) jika mahu memastikan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya menjawat jawatan Perdana Menteri.
Naib Ketua Umno Bahagian Marang, Datuk Razali Idris berkata, gabungan Pas dalam BN akan membantu menambahkan majoriti Melayu dalam Umno, sekali gus akan memungkinkan Presiden Pas untuk menjadi ketua tadbir negara.

Menurutnya, Umno sudah tentu bersikap terbuka dan beliau yakin pimpinan parti itu juga akan menerima pemimpin Pas untuk memerintah negara, sekali gus lebih memartabatkan agenda Islam serta pelaksanaan Islam.
“Sekarang Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri adalah pemimpin Umno. Kalau Pas bergabung dalam BN, sudah tentu ia boleh dibincang. Mungkin pemimpin Umno jadi Perdana Menteri dan pemimpin Pas jadi Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kecelaruan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) berhubung siapa yang layak menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang.
Razali berkata, Pas di peringkat bawah menginginkan Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri kerana mereka tidak sedar bahawa pimpinan PR di peringkat Pusat termasuk pimpinan Pas sebenarnya sudah pun mengetahui bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diangkat menyandang jawatan tersebut.
Beliau percaya, kepimpinan Pas tidak memaklumkan perkara itu kepada peringkat bawahan termasuk sayap partinya sendiri seperti Dewan Ulama Pas yang membangkitkan perkara itu dalam muktamar baru-baru ini.
“Apa yang ditimbulkan dalam muktamar itu seolah-olah mereka tidak tahu mengenai perkara itu, dan ini menunjukkan pimpinan Pas tidak memaklumkan kepada ahli parti mereka sendiri.

“Jadi, apabila perkara itu ditegaskan oleh Dewan Ulama Pas, terbongkarlah bahawa kepimpinan atasan Pas tidak pernah memberitahu ahli peringkat bawahan mengenai Anwar yang bakal menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Abdul Hadi juga telah kalah dari sudut pemilihan sebagai Perdana Menteri apabila PKR dan DAP masing-masing mengangkat Anwar untuk menyandang jawatan tersebut, termasuk di kalangan ahli Pas sendiri khususnya dari kalangan
Anwarinas.
Beliau percaya, keadaan itu juga mendorong Abdul Hadi bersuara untuk tidak bertanding dengan alasan sudah terlalu lama menjadi wakil rakyat, selain menyatakan untuk menjadi khadam jika Islam menang.

Tuesday, November 20, 2012

Hentikan spekulasi isu doa, kata adik Nik Aziz

Wartawan Sinar Harian
20 November 2012
Nik Razi Nik Mat
Nik Razi Nik Mat
KOTA BHARU - Adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat di sini, semalam meminta semua pihak menghentikan spekulasi isu doa yang dibacakan selepas solat hajat sempena muktamar parti itu, Jumaat lalu.
Menurutnya, isu tersebut sudah berada di kemuncaknya dan tiada apa yang perlu diperkatakan lagi.

“Sudah cukup apa yang dilaporkan oleh media mengenai bacaan doa terbabit dan saya mengakui saya membacanya tanpa dipengaruhi sesiapa pun.

“Memang saya diarahkan menjadi imam dan bukan untuk doa itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Pada Jumaat lalu, Nik Razi didakwa mendoakan kehancuran terhadap Umno dan Barisan Nasional ketika solat Hajat sempena Muktamar Pas ke-58 di Stadium Sultan Muhammad IV.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Mahfodz Mohamed mengesahkan kandungan doa tersebut bukan atas arahan sesiapa, tetapi atas inisiatif Nik Razi sendiri.
Menurutnya, beliau berada sama ketika solat Hajat yang dihadiri lebih 40,000 orang.

Wednesday, October 31, 2012

BR1M 2.0: Perlu daftar semula jika bertukar alamat

30 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata mereka yang terlibat serta pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2.0 apabila pendaftaran dibuka 1 Nov nanti.

Bagaimanapun, penerima BR1M sedia ada yang lain tidak perlu mendaftar semula.

Menurut kenyataan itu, borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan atau dimuat turun melalui laman sesawang www.hasil.gov.my.

Kenyataan itu turut menerangkan kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan RM500 iaitu ketua isi rumah (lelaki atau perempuan) berpendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah.

Ia merangkumi individu yang telah berkahwin, termasuk yang tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah serta individu bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah di dalam rumah yang sama.

Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas (lahir 1953 atau sebelumnya) dengan pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah juga layak memohon.

Bantuan tunai RM250 pula layak dipohon individu bujang termasuk balu, janda atau duda berumur 21 tahun ke atas (lahir 1992 atau sebelumnya), tidak mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke bawah.

Pengumuman pusingan kedua BR1M dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada 28 Sept lepas.

Ia dijangka memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 bilion.- Bernama

Wacana: Ulama Pas sedia ikut syarat Asri

JAMILAH HAMZAH
30 Oktober 2012
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas Pusat hari ini menyatakan kesediaan untuk mengadakan perbincangan dengan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tentang kaedah dan syarat yang sesuai bagi mengadakan wacana, yang disyorkan pihaknya untuk menyelesaikan kontroversi berkaitan soal teguran dan gaya pimpinan Ayatollah.
Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin A Razali berkata, Pas tidak mempunyai masalah untuk membincangkan secara matang dan profesional dengan Asri yang sudah "terbiasa dengan Pas."
Menurutnya, Pas akan mengambil tindakan susulan untuk berbincang dengan Asri bagi mencapai persetujuan untuk memilih platform yang boleh membincangkan isu pemimpin Ayatollah dalam suasana lebih berilmu dan matang.
Tambah beliau, “kita menyambut baik jika Dr Asri bersetuju.”
“Kita akan bincangkan cara yang akan digunakan untuk membincangkan isu itu, kalau beliau nak guna cara wacana, kita akan ikut.
"Lagi pun kita tidak kekok dengan beliau, kita sudah biasa, dan kita akan berbincang dengan sesiapa sahaja yang mahu pencerahan dalam sesuatu isu yang meragukan.
"Kita yakin perbincangan berilmu ini akan dilakukan dalam keadaan aman,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini, di sini.

[UNTUK SERTAI BANCIAN ONLINE, SILA KLIK DI SINI]

Semalam, Asri berkata, beliau bersedia untuk berwacana dengan Dewan Ulama Pas Pusat berhubung isu pimpinan Ayatollah sekiranya pertemuan itu bagi membincangkan isu dibangkitkan secara “matang dan ilmiah.”
“Jika ada apa-apa wacana ilmiah yang berbincang secara matang, saya sudi untuk pergi. Tetapi, ia perlu dibuat secara perbincangan yang matang,” kata beliau.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada jemputan Mohd Khairuddin dan akan memberikan pandangannya kelak.
Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, sesiapa sahaja yang mahukan pencerahan terhadap sesuatu isu, Pas tidak akan menolak, selagi tidak bercanggah dengan perjuangan Islam.
"Seperti isu Chua Soi lek hina hudud, kita terima kalau pihak Barisan Nasional terutamanya Umno nak berbincang, berdiskusi dengan kita secara matang, kita terbuka," katanya lagi.

Monday, October 29, 2012

BR1M: Cubaan tipu dikesan

Wartawan Sinar Harian
29 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim mendedahkan ada cubaan menipu dalam permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang lalu.

Beliau yang juga Pengerusi MCA menegaskan tindakan tidak bertanggungjawab itu bagaimanapun berjaya dikesan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di mana permohonan dibuat beberapa kali di beberapa negeri yang berlainan.

"Ada orang mohon di lima negeri, kami nasihat supaya individu ini buat satu permohonan saja hanya satu permohonan saja diluluskan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, permohonan BR1M 2.0 kali ini dijangka meningkat sebanyak 10 peratus tahun ini susulan jumlah isi rumah yang sama tidak mengemukakan bantuan tersebut tahun lepas.

"Mereka tidak yakin terhadap kesungguhan kerajaan sebelum ini yang beri bantuan kewangan BR1M ini, selepas bayaran dibuat baru mereka hendak mohon," jelasnya.

Jelasnya permohonan BR1M kali ini melibatkan 4.3 juta isi rumah berjumlah RM2.51 bilion dan bayaran akan dibuat bermula 1 Januari depan.

Tambahnya, Selangor dan Johor adalah penerima bantuan BR1M paling tinggi di Malaysia kerana mempunyai jumlah isi rumah yang tertinggi.
Ditanya bantuan yang sama kepada golongan bujang, Donald berkata pihak menjangka seramai 2.7 juta penerima berpendapatan di bawah RM2,000 akan menikmati insentif kerajaan itu dengan bayaran sebanyak RM250 setiap orang.

Ketika diminta mengulas isi rumah atau golongan bujang yang mendapat kenaikan gaji pada tahun ini, beliau berkata LHDN akan membuat semakan kepada majikan masing-masing untuk memastikan kelayakan pemohon.
Borang permohonan BR1M 2.0 katanya, boleh dimuat turun dari laman web LHDN bermula 1 November ini.

Wednesday, October 24, 2012

Asri: Ulama hanyut apabila sertai Umno

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
24 Oktober 2012
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut", antara kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Asri, antara tokoh agama yang melihat arena politik tempatan dari dekat berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.
Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.
Sambil menekankan bahawa peranan ulama dalam pemerintahan bukan sesuatu yang baru dan telah wujud sejak zaman nabi lagi, ahli akademik ini menambah: "Tapi, masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."
“Selain itu, kalau kita lihat dalam persekitaran Umno, agama mereka tidak kuat dan ini akan memberi kesan kepada para ulama sekiranya menyertai Umno," kata Asri pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” semalam. Wacana dianjurkan oleh Sinar Harian.
Selain itu, Asri turut menegaskan, tugas ulama sepatutnya menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat, bukannya berpihak kepada mana-mana parti politik.
“Jangan pula kita meraikan ulama yang mengampu mana-mana parti politik, ini kerana agama tidak membenarkan ikut sesuatu yang kita tiada ilmu mengenainya," jelas Asri.
Pada masa sama, Asri turut menegaskan bahawa sekiranya  percaturan wang dalam politik sering digunakan oleh mana-mana parti termasuk Umno sendiri, tampuk pemerintahan itu seharusnya berundur.
“Dalam pemerintahan, kita tidak sepatutnya menggunakan wang untuk sesuatu agenda politik, tapi perlu menjaga kebajikan rakyat.
“Tapi apa yang dilihat sekarang, pemerintahan Umno masih menggunakan wang. Amalan menghulur semakin subur dalam kalangan pemimpin.
“Jadi, sekiranya ini berterusan, Umno patut berundur,” jelas beliau lagi.

Thursday, September 20, 2012

Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyaman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim

TERKINI : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menyaman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berhubung tulisannya yang mengandungi unsur fitnah.

Fail tersebut difailkan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Mazwan dan Nasar.

Tuan Guru Abdul Hadi menamakan Mashitah se
bagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua.

Bercakap kepada pemberita, Ahmad Samsuri menyifatkan tulisan berbentuk fitnah tersebut keterlaluan dan memalukan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Sebelum ini kita sudah minta Mashitah dan Sinar Harian buat permohonan maaf terbuka tapi mereka tidak berbuat demikian maka kita ambil tindakan samanlah," katanya yang ditemani peguam Mazwan Johar dan Nasar Khan.

Sebelum ini, Shamsuri berkata pihaknya akan mendapatkan nasihat peguam sebelum satu langkah diambil berhubung tulisan tersebut.

Pada 2 Mac lalu, Mashitah dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian mengaitkan penahanan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon dengan beberapa skandal seks kononnya membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dalam tulisannya, Mashitah menyebut Abdul Hadi pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu dan mengambilnya sebagai isteri ketiga, bagaimanapun ia dinafikan Abdul Hadi.

Friday, September 14, 2012

UIA batal auditorium, Konvensyen Fiqh pindah ke MBSA

Wartawan Sinar Harian
14 September 2012
Zaharuddin Abd Rahman
Dr Zaharuddin Abd Rahman
SHAH ALAM - Susulan pembatalan tempahan lokasi penganjuran Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semalam, program sehari itu akan diadakan di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid), Dr Zaharuddin Abd Rahman menerusi laman sosial Facebook pagi ini.

"Alhamdulillah, berikut maklumat baru K Fiqh Politik Islam Semasa (setelah pihak UIAM membatalkan sewaan kami dalam tempoh 36 jam sebelum program," kata beliau.

Ketika dihubungi kemudian, beliau berkata, oleh kerana kapasiti dewan lebih besar dari tempat asal, pihaknya yakin dapat menerima kehadiran peserta dalam lingkungan 1,400 orang.

"Ada baiknya juga pembatalan (tempahan auditorium)... kami dapat tempat lebih luas, lebih ramai boleh sertai," kata Zaharuddin.

Auditorium MBSA boleh memuatkan 1,400 orang peserta berbanding Auditorium Utama UIAM yang hanya muat 850 orang.

"Sebelum ini ada 200 nama dalam senarai menuggu, yang mahu menyertai konvensyen. Kami mengalu-alukan mereka, saya yakin lebih 1,000 orang akan sertai esok," kata beliau yang juga penasihat konvensyen.

Tengah malam tadi, Sinar Harian Online membawa laporan pengurusan UIAM  mengambil tindakan 'drastik' membatalkan tempahan auditorium dua hari sebelum Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa berlangsung, menyebabkan pihak penganjurnya  berhadapan dengan dilema mencari lokasi baru.

Sumber urus setia konvensyen memberitahu Sinar Harian Online bahawa pihaknya terkilan dengan keputusan itu kerana pembatalan hanya dimaklumkan oleh pengurusan UIAM sekitar 9 malam semalam.

"Kami sudah menempah tempat persidangan hampir dua bulan lalu. Tetapi tinggal dua hari, baru malam ini, kami dimaklumkan.

"Jadi kami agak terkilan dengan keputusan... nampaknya kami perlu mencari tempat lain yang sesuai, untuk menampung 800 peserta," kata sumber itu lagi.

Sehingga kini usaha Sinar Harian Online untuk mendapatkan respons pihak pengurusan UIAM masih sebelum berhasil.

Sumber itu menambah, alasan yang diberikan ialah penganjuran konvensyen ini, yang dijangka disertai oleh pembentang kertas kerja dari parti politik kerajaan yang memerintah dan pembangkang, bercanggah dengan semangat Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Konvensyen sehari itu, anjuran bersama K-Fiqh Sdn Bhd dan Murshid, diadakan untuk mengupas isu-isu berkaitan politik menurut fiqh dan pandangan masa kini. Ia antara lain menghimpunkan  bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan  pensyarah UIAM, Dr Maszlee Malik.

Penganjur sebelum ini berkata, konvensyen julung kali diadakan ini, yang menyentuh politik tanah air, akan membincangkan kaedah pentadbiran dalam pemerintahan Islam dengan mengetengahkan konsep wasathiyah.

Berdasarkan maklumat awal itu, forum di sebelah malam konvensyen tersebut, wakil pemimpin parti politik akan  turut sama dalam forum bertajuk, Negara Berkebajikan: Analisa, Realiti dan Praktikaliti.

Antaranya, Timbalan Menteri Pelajaran dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Puad Zarkashi; Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad; Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli serta ahli akademik, Prof Datuk Dr Mohammad Bakar.

Puad, Dzulkefly dan Rafizi masing-masing dari Umno, Pas dan PKR.

AKAN MENYUSUL

Tuesday, August 28, 2012

'Biar Majlis Syura tentukan kes Nasha'

ZUMURNI HAMZAH
27 Ogos 2012
Nik Aziz
Nik Aziz Nik Mat
MACHANG - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan kepada Majlis Syura untuk meneliti kes membabitkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya nasib Ahli Parlimen Bachok itu kepada Majlis Syura Pas yang dijangka bersidang pada 9 September ini.

"Saya tak mahu ulas tentang tu, biarlah Majlis Syura sendiri yang tentukan, saya tak boleh," kata beliau yang akan mempengerusikan pertemuan Majlis Syura.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pada majlis meraikan pelajar Yayasan Islam Kelantan yang bakal melanjutkan pengajian masing-masing ke Timur Tengah dan Majlis Aidilfitri di Markaz Ulama Pas (Madu), dekat sini, hari ini.

Kelmarin, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ditemui selepas mesyuarat Biro Politik berkata Majlis Syura akan memutuskan nasib Nasharudin.

Nasharudin sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila mencadangkan supaya parti itu keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP terus menentang hukum hudud.


Dua minggu lalu, media memaparkan gambar Nasharudin bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama di Makkah.

Nasharudin juga sebelum ini pernah dikaitkan dengan usaha ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan Umno-Pas.

Ditembak selepas ngaku Pok Mat

RUBIAH OMAR & MOHD AZLIM ZAINURY
28 Ogos 2012
Mohd Hafizudin
Mohd Hafizudin tidak mampu menahan kesedihan atas kejadian menimpa ayahnya itu sehingga tidak dapat hadir ke sekolah untuk menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malays
Allias (kiri) bersama rakannya
Allias (kiri) bersama rakannya melakonkan semula keadaan mangsa semasa terkena dua das tembakan ketika mereka sedang bermain dam di hadapan kedai mangsa.
KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga kedai runcit maut selepas terkena dua das tembakan pada jarak dekat di rusuk kanan belakang dan rusuk kiri depan oleh tiga lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian di Kampung Bukit Cempedak, Wakaf Tapai, Marang, malam kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika mangsa, Mat Keya Jusoh, 54, sedang bermain dam berhampiran kedainya bersama seorang rakan, Allias Lemas, 51, sebelum didatangi sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki tiga suspek.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, Perodua Viva berwarna putih itu berhenti antara jarak lima meter sahaja dari tempat mangsa bermain dam sebelum salah seorang daripada mereka memberitahu ingin mencari ‘Pok Mat’.

“Salah seorang suspek bertanyakan kepada mangsa adakah dia ‘Pok Mat’ dan mangsa yang sememangnya dikenal dengan nama itu dalam kalangan rakan serta orang kampung mengiakan sahaja.

“Bagaimanapun, hanya beberapa saat selepas mangsa mengaku yang dia adalah 'Pok Mat', dua das tembakan dilepaskan oleh salah seorang suspek menyebabkan mangsa terus rebah sebelum mereka memecut kereta meninggalkan lokasi kejadian,” katanya.

Manoharan berkata, mangsa yang cedera parah di bahagian rusuk dihantar penduduk kampung ke Hospital Kuala Berang untuk mendapatkan rawatan susulan.

“Bagaimanapun, bapa lima anak itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.50 malam,” katanya.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif pembunuhan.

Katanya, suspek berusia antara 25 tahun hingga 30 tahun dipercayai lelaki Melayu.

Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

"Gurau menda ni.."

"Gurau menda ni..." itulah kata-kata terakhir Allahyarham Mat Keya sebelum rebah selepas terkena dua das tembakan di hadapan kedai makan miliknya di Kampung Bukit Chempedak, Pengkalan Berangan, malam kelmarin.

Rakan Allahyarham, Allias berkata, dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, mangsa ditembak dari jarak dekat ketika sedang bermain dam.

“Sebelum kejadian, kami melihat kereta berhenti di sebuah rumah berdekatan kedai ini tetapi kereta itu hanya berhenti sekejap sahaja di situ sebelum bergerak semula dan berhenti di hadapan kedai ini.

“Sebaik kereta itu berhenti di hadapan kedai, betul-betul di hadapan kami, seorang individu tidak dikenali bertanya adakah kami mengenali ‘Pok Mat’ lalu mangsa mengakui dia adalah ‘Pok Mat’ yang dicari,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, penjenayah itu kemudiannya mengundurkan kenderaan sebelum melepaskan dua das tembakan.

Menurutnya, sejurus selepas bunyi tembakan itu dia melihat mangsa bangun dan memarahi individu berkenaan kerana menganggap ia gurauan melampau.

“Bagaimanapun, Pok Mat kemudiannya rebah dan ketika memegang mangsa saya melihat ada kesan darah di bahagian rusuk lalu memaklumkan perkara itu kepada ahli keluarganya,” katanya.


Sangka bunyi mercun

Sementara itu, isteri mangsa, Sepiah Mamat, 53, berkata, dia juga tidak menyangka bunyi letupan sebanyak dua kali itu adalah bunyi tembakan yang meragut nyawa suaminya.

"Ketika kejadian, saya berada di dapur dan sangka bunyi letupan itu bunyi budak nakal bermain mercun,” katanya yang mempunyai lima anak.

Pemergian ketua keluarga itu bukan sahaja ditangisi Sepiah, tetapi turut dirasai anak-anak mangsa malah salah seorang anak mangsa, Mohd Hafizudin, 17, tidak hadir ke sekolah untuk menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia, semalam.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Berangan ini sepatutnya menduduki peperiksaan subjek Bahasa Melayu, namun tidak dapat hadir kerana bersedih atas kejadian menimpa ayahnya.

Sunday, August 26, 2012

TERKINI! Umii Hafilda Ali Mula Ugut Umno-APCO??

Written By canang on Sabtu, 25 Ogos 2012 | 8/25/2012 11:59:00 PTG



Setelah ahli keluarganya yang lain perlahan-lahan menjauhkan diri daripadanya termasuk abangnya yang paling rapat, Azwan Ali yang semalam mengumumkan bahawa Umi Hafilda bukan Ali adiknya lagi, kini Umi mula mengungkit 'jasanya' kepada Umno-APCO.

Mungkin di zaman Anwar Ibrahim, Umno-APCO terutamanya Mahathir melayannya umpama bidadari tetapi dalam soal menjatuhkan abangnya sendiri, Azmin Ali dari PKR, Umno-APCO tidak mahu memenuhi keinginannya.

Selain dari faktor bukti tidak kukuh malah fitnah semata-mata, Umno-APCO kini pula yang perlahan-lahan menjauhi dirinya, umpama habis madu sepah buang merata-mata!

Mungkin kerana Azmin hanyalah Timbalan Presiden dan bukannya Presiden walaupun cubaan mengaitkan isteri Azmin, Shamsidar Taharin dengan Anwar, kununnya dalam skandal seks pada 1995 ternyata gagal sama sekali.

Maka untuk meneruskan 'modal menyerangnya', ahli perniagaan itu kini mengungkit mendakwa Najib Altantuya dan Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri kerana sepucuk surat yang ditulisnya kepada Dr Mahathir Mohamad pada 1998.

“Kalau saya tidak tulis surat tersebut sudah tentu Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.

“Tetapi kerana sepucuk surat saya kepada Dr Mahathir mengenai perilaku Anwar, mereka berdua (Abdullah dan Najib) telah menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Bagaimanapun, Ummi agak kecewa kerana kedua-kedua pemimpin besar itu seolah-olah telah melupakan jasanya.

Katanya, Abdullah telah menggantung keahlian Umno beliau dari sebuah cawangan di Gombak.
“Itu yang menyebabkan saya marah sangat kepada Pak Lah,” katanya.

Bagaimanapun, adik Azmin ini menjelaskan penggantungan keahliannya telah ditarik balik.

“Mana mungkin Najib Altantuya tidak ingat dalam perjuangan saya yang menyebabkan saya dimaki hamun dan ditohmah dengan pelbagai tohmahan semata-mata kerana saya melawan Anwar,” katanya.
Mana menteri?

Namun, Umi juga meluahkan rasa kecewa Umno tidak membantunya berkempen menentang Azmin dan Anwar sebagaimana yang dilakukan sekarang.

“Mana menteri, mana wakil-wakil rakyat yang turun berceramah menjelaskan kepada rakyat mengenai pembohongan Anwar dan Azmin,” katanya lagi.

Umi juga mendakwa, ceramahnya lebih berjaya dari pemimpin Umno lain kerana dibanjiri ribuan orang setiap kali diadakan.

“Ceramah saya di Besut (Terengganu) dihadiri 10,000 orang, manakala di Pasir Putih (Kelantan) di kawasan pembangkang dihadiri 8,000 orang.

“Mana ada pemimpin Umno yang boleh mengadakan ceramah seperti saya,” kata Umi lagi.

Dalam pada itu, Umi menafikan beliau melakukan semua itu kerana diarah oleh Umno.

Menurutnya, jika semua yang dibuat kerana arahan Umno sudah tentu Dr Mahathir membantunya semasa ditahan di dalam lokap dahulu.

Umi mendakwa beliau ditahan oleh anggota polis atas arahan Anwar setelah beliau mendedahkan aktiviti pemimpin Pakatan Rakyat itu kepada Dr Mahathir.


Jalan Pulang

Friday, August 10, 2012

Hanya Kerana Cukur Jambul Anak Dengan TGNA, Pegawai Umno Di Pecat

Posted by Addin at 8/09/2012
Kerana gambar inilah pegawai Umno di pecat
Kesalahannya hanya sedikit sahaja kerana membawa anaknya cukur jambul dengan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz seorang pegawai di ibu pejabat Umno dipecat dari jawatannya. Begitulah kekejaman Umno di atas muka bumi ini.Kejadian ini berlaku penghujung bulan lepas.

Pegawai berkenaan yang dikatakan seorang dedikasi tidak pun diberi peluang untuk membela diri atau menjelaskan kenapa beliau membawa anaknya bercukur jambul dengan Nik Aziz.

Ekoran tindakan itu pegawai berkenaan yang sudah berkhidmat bertahun-tahun dengan ibu pejabat Umno kehilangan kerja.Tindakan memecat kaki tangan tanpa kesalahan fatal menjelaskan kerakusan dan kezaliman parti berfahaman kebangsaan itu. Tindakan ini jelas berbeza dengan cara Pas menangani masalah perbezaan fahaman politik.

Misalnya di Kuala Krai salah seorang pengerusi Ladang Rakyat yang menyokong salah seorang bakal calon Umno tidak dikenakan apa-apa tindakan.Perbuatan pengerusi Ladang Rakyat itu bukan secara senyap tetapi terang-terangan yang sepatutnya sudah dipecat kerana membantu bakal calon lawan.Umno perlu memperbetulkan tindakan rakus seperti ini untuk mengelakkan ianya dianggap zalim.

Apalah salahnya kalau pegawai berkenaan membawa anaknya cukur jambul. Mungkin dia berbuat demikian kerana di dalam Umno tidak ada mana-mana tokoh yang pandai dan arif dengan budaya cukur jambul.Jamil Bahrom walaupun menteri agama tetapi jarang nampak dia mencukur jambul budak sebaliknya jambul beliau yang terlihat apabila beliau terlupa memakai songkong.

Khabarnya tindakan ke atas pegawai ini dilakukan selepas sebuah blog liar pro Umno menyiarkan gambar pegawai berkenaan yang sedang mencukur jambul anaknya dengan Nik Aziz. Umno oh Umno! ~mso

Wednesday, July 25, 2012

Mahkamah putuskan BERSIH entiti yang sah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.
Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

NONEOleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.
 Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.
Dalam penghakiman 30-muka surat itu, hakim menyentuh sejarah permohonan yang mencabar keputusan Hishammuddin mengisytiharkan gabungan NGO itu sebuah pertubuhan haram.

Walaupun perisytiharan itu dibuat, tambahnya, pihak berkuasa masih terus bertemu dengan pegawai BERSIH.

"Terdapat rundingan antara pemohon dan responden (kerajaan) mengenai lokasi perhimpunan pada 9 Julai," katanya.

NONE"Ada majlis mengadap ( Yang di-Pertuan Agong oleh) pemohon
pertama (pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga, kanan) dan tiada celaan terhadap BERSIH (dalam menjalankan) aktiviti (perhimpunan 9 Julai 2011) seperti yang dijadualkan."

Mahkamah telah mengambil notis kehakiman bahawa Hishammuddin telah membuat suatu pernyataan awam untuk membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April tahun ini.

Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, yang mewakili responden, berkata Peguam Negara akan diberi taklimat dan untuk arahan selanjutnya.

Azizan serta Peguam Kanan Persekutuan Shamsulbol Hassan, mendakwa bahawa keputusan mahkamah itu menjadikan BERSIH balik ke peringkat asalnya (perlu didaftarkan).

Bagaimanapun, peguam BERSIH, K Shanmuga - yang tampil bersama peguam Tommy Thomas dan Honey Tan - berkata keputusan itu bermakna gabungan itu adalah sah di sisi undang-undang.

"... Keputusan menteri dalam negeri adalah tidak rasional kerana, setelah mengisytiharkannya sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara, beliau dan pihak berkuasa telah bertemu dengan pegawai BERSIH," kata Shanmuga.

Ambiga tidak hadir di mahkamah kerana beliau di luar negara.

Pengerusi bersama BERSIH yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (kiri), ketika ditemui di luar mahkamah berkata: "Proses perundangan ini sepatutnya tidak dijalankan kerana ia membuang masa, tenaga dan dana am.

NONE"Proses ini menyebabkan orang ramai khuatir untuk sokong BERSIH. Org ramai harus ingat bahawa kerajaan masih
menggambarkan BERSIH sebagai "kotor" di mana perdana menteri telah menyatakan BERSIH telah membahayakan kuota haji yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi

"Kami ingin mengingatkan semua pihak bahawa Hakim Datuk Rohana Yusof telah pun melihat percanggahan dalam tindakan pihak berkuasa (apabila) dalam perbicaraan (pada) 26 Jun, kenapa kerajaan layan permintaan BERSIH untuk adakan perhimpunan tersebut (walaupun ia telah diisytiharkan sebagai haram)," tambahnya. [Baca berita penuh]
Sementara itu,  Bernama melaporkan bahawa Hakim Rohana berkata beliau membenarkan petisyen 14 anggota Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, termasuk Datuk S. Ambiga, untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan BERSIH 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar.
   
Dalam penghakimannya, Rohana memutuskan keputusan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebuah pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan atau mengambil kira fakta yang tidak relevan.
   
"Pada pendapat saya, keputusan itu dicemari kerana dibuat secara tidak rasional," katanya.
   
Rohana berkata alasan mengeluarkan pengisytiharan mengikut Sekysen 5 Akta Pertubuhan 1966, seperti yang dinyatakan dalam pengumuman oleh menteri (responden pertama Hishammuddin), tidak boleh berubah dalam tempoh beberapa hari.
   
"Adalah tidak munasabah bagi sesebuah pertubuhan yang didapati menyalahi undang-undang untuk alasan serius, seperti digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara pada 1 Julai, dan kemudian tidak lagi pada 5 Julai 2011," katanya.
   
Rohana berkata walaupun boleh dikatakan BERSIH 2.0 adalah sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud memudaratkan keselamatan sebelum perintah itu dibuat, ia tidak boleh menjadi kes seminggu, kerana selepas itu alasan berkenaan tidak lagi sah atau digunakan.
   
Rohana berkata mahkamah juga turut menimbangkan notis kehakiman kenyataan awam menteri (Hishammuddin) yang membenarkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 28 April lepas tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.
   
Beliau menekankan bahawa keputusan untuk mengharamkan BERSIH 2.0 adalah menceroboh hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak harus dibuat secara sewenang-wenangnya.
   
Selain itu, beliau berkata tiada tindakan diambil di bawah Akta Pertubuhan terhadap pemohon walaupun mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan itu selepas menteri membuat pengisytiharan.
   
"Secara ringkas, BERSIH 2.0 tidak boleh menjadi sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud menjejaskan keselamatan pada 1 Julai 2011, kemudian tidak lagi seminggu selepas itu. Malah sekiranya ia adalah sedemikian, jadi pengisytiharan itu harus diketepikan sewajarnya," kata Rohana.
   
Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad berkata beliau perlu mengkaji penghakiman bertulis itu terlebih dahulu sebelum mendapatkan arahan lanjut  daripada Pejabat Peguam Negara.
   
Sementara itu, seorang peguam pemohon, K. Shanmuga memberitahu pemberita dengan keputusan itu, BERSIH 2.0 bukan lagi sebuah pertubuhan haram.

Thursday, July 19, 2012

KISAH BOB LOKMAN YANG MAHU DIBELI 2 ORANG MENTERI. TAWARANNYA SANGAT HEBAT "ENGKAU NAK APA, ENGKAU NAK BERAPA?".

Bob Lokman berkata pernah 2 orang menteri hubungi beliau.Penceramah dan pendakwah bebas saudara Bob Lokman mendakwa beliau telah dihubungi oleh dua orang menteri dan menawarkan sesuatu kepada beliau.Menteri terbabit dikatakan bertanya kepada Bob Lokman,"Engkau nak apa, Engkau nak berapa?".

Bob Lokman diminta datang ke pejabat mereka tapi tidak dilayan oleh beliau.Bob Lokman mendedahkan perkara tersebut dalam ceramah beliau di Markaz Pas Cawangan Seksyen 18, Shah Alam.Bob Lokman tidak mendedahkan siapa dua menteri terbabit.

Bob Lokman kini semakin berani dan bersemangat selepas beliau dihalang pihak berkuasa JAIS kerana berceramah tanpa tauliah di sebuah masjid di Selangor.Pihak Jais telah keluar waran tangkap terhadap Bob Lokman.Ketika mengulas kes tersebut Bob Lokman berkata masjid terbabit telah tiga kali panggil beliau untuk berceramah sebab itu beliau datang.

Bob Lokman kata kes beliau hadir ke masjid tersebut untuk berceramah umpama menolong isteri jirannya minta tolong bawa kereta hantar beliau ke hospital untuk bersalin..Beliau kata tidak ada lesen memandu.Isteri jirannya kata bawa sajalah janji tidak accident.Sampai dipertengahan jalan tidak berlaku accident tapi ditahan polis kerana tidak ada lesen memandu dan dibawa ke balai polis.Kata Bob Lokman takkan tak ada sifat perikemanusiaan langsung pihak berkuasa kerana beliau menolong orang!

Ketika mengulas isu akta RUU yang diluluskan di parlimen Bob Lokman berkata rakyat jangan takut dengan ugutan pihak berkuasa.Sebagai contoh kata beliau Mahatma Ghandhi yang tahu beliau akan ditangkap telah hadir bersama-sama rakyat India yang lain ke jalanraya.Kata Bob Lokman sepatutnya apabila para peguam turun ke jalanraya bantah akta RUU semua rakyat turut serta biar pihak polis tak tahu yang mana satu peguam yang mana satu rakyat biasa.

Begitu juga apabila profesor Dr Aziz Bari dihalang tugas di UIA semua rakyat kena turut serta bantah bukan hanya golongan pelajar saja berdemontrasi.Jika semua rakyat turun di jalanraya berapa banyak sangat mereka mampu tahan dan tangkap?

"Jika pemimpin tidak mahu berubah rakyat akan mengubah.Apabila rakyat buat perubahan pemimpin akan bertukar" kata Bob Lokman dalam forum 'Apa Salah Kami?' di Markaz Pas Seksyen 18 Shah Alam.

Sumber

N'N:Sesetengah orang boleh dibeli tapi sesetengah orang Allah telah membeli jiwa dan raga mereka...Firman Allah S.W.T:

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
(Surah At-Taubah Ayat 111)

Wednesday, July 18, 2012

Salahuddin Ayub di lantik jawatankuasa rasuah SPRM

Petikan Bernama

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyerahkan surat cara pelantikan kepada enam anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Istana Negara di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohammed.

Mendahului senarai penerima ialah pengerusi jawatankuasa itu yang juga Anggota Parlimen Kangar Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad diikuti Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Doris Sophia Brodi dan Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Tiga lagi penerima ialah Anggota Parlimen Maran Datuk Ismail Abdul Muttalib, Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Kesemua anggota jawatankuasa itu dilantik mengikut Seksyen 14(2) Akta SPRM untuk tempoh 25 Feb 2012 hingga 24 Feb 2015.
Posted on Wednesday, July 18 @ 02:30:00 MYT by ahmadi

Tuesday, July 10, 2012

Pelupusan sampah di Kelantan guna teknologi moden

9 Julai 2012
Nik Aziz kecam Harussani
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA BHARU - Masalah pelupusan sampah dan sisa pepejal di negeri ini akan diselesaikan tidak lama lagi menggunakan teknologi moden dari Taiwan.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) memeterai perjanjian usaha sama dengan Syarikat SS Microbial Sdn Bhd bagi mewujudkan pusat pelupusan sampah dan sisa pepejal itu.

"Saya harap impian saya selama 20 tahun untuk menyelesaikan masalah sampah di negeri ini akan selesai apabila terlaksananya projek ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu hari ini.

Yang Dipertua MPKB Fauzi Mat menandatangani perjanjian itu bagi pihak MPKB manakala syarikat tersebut diwakili Pengarah Urusannya, Lim Kok Eng.

Nik Abdul Aziz berkata satu kawasan seluas 4 hektar di Kampung Telong, Bachok akan dijadikan tapak pusat pelupusan tersebut.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Fauzi berkata pusat kitar semula dan kompos itu adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dibina berasaskan biologi dan alam sekitar untuk mereputkan sisa pepejal organik menggunakan mikrob untuk dijadikan baja organik.

Beliau berkata MPKB akan menyewakan tapak kilang sisa pepejal itu kepada syarikat berkenaan selama 20 tahun, melibatkan empat fasa.

"Melalui kaedah teknologi baru ini, MPKB akan mendapat pulangan hasil RM335,000 dalam tempoh 20 tahun, di samping dapat mengurangkan kos memproses dan melupus sebanyak 70 peratus," katanya.

Fauzi juga berkata melalui teknologi itu, sampah jenis organik akan direputkan menggunakan mikrob bagi menghasilkan baja organik yang boleh digunakan dalam sektor pertanian.

Beliau berkata setakat ini, MPKB memungut sampah berjumlah 300 tan sehari serta 110,000 tan metrik setahun, dan daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 70 peratus adalah sampah jenis organik seperti sisa makanan, sayur-sayuran, buah-buahan serta haiwan. - Bernama

Tuesday, April 3, 2012

Petrol RON97 naik 10 sen, RON95 kekal

3 April 2012
Minyak
KUALA LUMPUR - Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam ini.
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman ketika dihubungi malam ini mengesahkan kenaikan harga itu.
Beliau berkata harga diesel kekal pada RM1.80 seliter.
Minggu lepas, kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 per walaupun harga bahan api di pasaran dunia naik baru-baru ini. - Bernama

Monday, April 2, 2012

Dua Petugas BN Maut Terkena Renjatan Elektrik Semasa Pasang Bendera


Tanah Merah - Dua lelaki mati selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba menaikkan bendera menggunakan buluh dalam kejadian di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam kelmarin.

ANGGOTA polis dan penduduk kampung mengangkat mayat Rosli dan Mohd. Daishan di Kampung Tengah, Bukit Panau, Tanah Merah malam kelmarin untuk dibawa ke Hospital Tanah Merah.

Rosli Hussin, 47, yang merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan rakannya seorang penoreh, Mohd. Daishan Ibrahim, 37, masing-masing ditemui mati pada kira-kira pukul 12 tengah malam di tempat kejadian dengan kesan lebam di telinga dan kaki akibat terkena arus elektrik bervoltan tinggi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitendan Abdul Aziz Mahmud, berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa memegang buluh sepanjang 12 meter yang dipercayai basah dengan niat menaikkan bendera sebuah parti politik.

Tanpa diduga, buluh yang dipasang dengan bendera itu terkena kabel yang berada pada ketinggian sembilan meter sebelum kedua-dua mangsa terkena kejutan elektrik.

Menurut Abdul Aziz, kejadian itu kemudian disedari penduduk kampung sebelum mereka mendapatkan bantuan pihak polis dan hospital berdekatan. -kosmo

Dua rakan maut kena elektrik sebab pasang bendera politik

Gara-gara bersemangat untuk memasang bendera sebuah parti politik, dua rakan maut terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam Jumaat.

Rosli Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan pengsan selepas terkena renjatan elektrik itu, disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah.

Abang ipar seorang daripada mangsa, Che Musa Mamat berkata adik iparnya, Rosli bersama empat rakannya ke kawasan itu untuk mendirikan buluh setingga kira-kira 12 meter untuk menaikkan bendera itu pada pukul 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Abdul Aziz Mahmood ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu awal pagi Sabtu.

Beliau menasihatkan orang ramai, khasnya penyokong parti politik supaya jangan terlalu ghairah bertindak memasang bendera politik sehingga mengabaikan keselamatan diri. Bernama

P/S: No komen! Al Fatihah sahaja yang mampu diucapkan. Tempat berlaku ini hanya 500 meter sahaja dari rumah saya. Dah riuh rendah satu bandar Tanah Merah. Malam tadi keluar berita tv3 dua rakan maut sebab pasang sebuah bendera parti politik. Kenapa tak terus terang cakap pasang bendera dacing. Wallahu'alam.
-halimislam.com


Ulasan GB

Betul juga kata Halimislam. Kenapa sembunyi "fakta" bahawa mereka itu petugas BN?

Jikalah yang terkena itu adalah petugas PR, mungkin sudah kecoh seluruh media massa arus perdana dengan segala macam mak nenek ulasan untuk mempersalahkan PR!

Kini, dengan tolak tepi sentimen parti, semua petugas yang memasang bendera, wajar berhati-hati agar tragedi di atas tidak berulang lagi.

 http://greenboc.blogspot.com/2012/04/dua-petugas-bn-maut-terkena-renjatan.html

Saturday, March 31, 2012

AS kaji 'hukum' negara terus beli minyak Iran

31 Mac 2012
Barack Obama
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama mahu mengenakan sekatan-sekatan baru ke atas mana-mana negara yang membeli minyak dari Iran, demikian menurut pegawai-pegawai kuasa besar itu.
Beberapa negara termasuk Malaysia telah pun memutuskan untuk menghentikan pengimportan minyak dari Iran mulai bulan depan. Langkah Malaysia disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hujung minggu lalu.
Sekatan pembelian minyak peringkat antarabangsa berkuat kuasa mulai Jun ini.
Obama dilaporkan bertegas bahawa dunia mempunyai bekalan minyak yang secukupnya dan oleh itu, langkah menghentikan pengimportan bekalan minyak dari Iran tidak akan membawa kesan negatif, lapor media Barat sebentar tadi.
AS mahu negara-negara lain menyokong sekatan dikenakan pihaknya.
Langkah terbaru AS itu akan membolehkan ia mengenakan sekatan ke atas bank-bank asing yang masih meneruskan aktiviti perdagangan minyak dengan Iran.
Iran sedang berhadapan dengan tekanan antarabangsa berhubung program pengayaan uranium.

Friday, March 30, 2012

Himpunan SMM 14 April, gesa mansuh PTPTN

Wartawan Sinar Harian
30 Mac 2012
PTPTN
KUALA LUMPUR - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyasarkan 5,000 pelajar dan 'mangsa' hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan berhimpun di ibu negara bulan depan menuntut pemansuhan pinjaman menerusi agensi itu, bulan depan.

Pengerusi SMM, Muhamad Safwan Anang berkata, perhimpunan itu akan diadakan di Dataran Merdeka pada 14 April ini.

"Ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

PKR: Tiada ruang boleh cabar status Anwar

Wartawan Sinar Harian
30 Mac 2012
Datuk Seri Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - PKR menyifatkan pesaing politik parti itu tidak ada asas perundangan untuk membawa usul mencabar kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang atas alasan moral, sebaliknya melihat usaha sedemikian hanya satu "sandiwara politik" mahu meneruskan serangan peribadi ke atas beliau.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, pihaknya tidak melihat adanya apa-apa ruang bagi pihak terbabit boleh membawa usul sedemikian ke Parlimen.
"Dari segi undang-undang, memang tidak ada sebarang peruntukan untuk membawa usul ini, kecuali apa yang didakwa itu ada berkaitan dengan Peraturan Mesyuarat dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen... melainkan di Amerika, kita tahu ada klausa untuk 'impeachment'.
"Memang, Datuk Seri Anwar pernah dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, tetapi (dakwaan) yang dikatakan oleh (Senator Datuk K.S.) Nallakruppan dan kawannya bukan berkaitan tindakan menghina Dewan Rakyat atau bercanggah dengan peraturan Parlimen," kata beliau kepada Sinar Harian Online.
Dalam laporan Bernama semalam, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Wan Jaafar dipetik berkata, usul untuk mencabar kelayakan Anwar sebagai Ketua Pembangkang yang didakwa diselubungi pelbagai isu moral boleh dibawa pada sidang Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, beliau berkata, untuk menggugurkan kedudukan seseorang anggota dewan memerlukan satu prosedur tertentu yang mana belum terdapat dalam peraturan dewan ketika ini.
Beliau berkata, sesuatu usul yang yang bersangkutan dengan peribadi seseorang serta berlaku di luar dewan tidak mungkin membolekan individu itu digugurkan jawatan secara automatik kecuali ia berkaitan dengan kesalahan jenayah serta menderhaka kepada raja dan negara yang telah disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman.
Bagaimanapun kata beliau, terserah kepada budi bicara speaker untuk menerima atau menolak usul anggota untuk membahaskan perkara sebegitu dalam Dewan.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, anggota Dewan Rakyat berhak membawa usul kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen terhadap mana-mana anggota dewan termasuk Ketua Pembangkang berhubung perkara tertentu dan khusus.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, "tiada undang-undang khusus. Ini seratus peratus permainan politik mereka."
"Ini hanya sebahagian daripada sandiwara supaya siri serangan mereka terus keluar dalam dada-dada akhbar mereka," katanya lagi sambil berkata, "soal moral bukan perkara untuk dibawa ke Parlimen.
"Kemungkinan mereka boleh bawa, tetapi saya yakin Yang Dipertua pasti akan menolaknya," kata beliau lagi.
Sehubungan itu kata Rafizi, jika Parlimen mahu membincangkan usul-usul sedemikian, "saya fikir sebahagian besar masa akan dihabiskan untuk perkara-perkara seperti itu."
"Kalau kita hendak cakap soal moral, saya fikir ada lagi ramai anggota Dewan Rakyat yang perlu dikenakan usul moral.
"Dan, saya fikir, jika Parlimen terima usul seperti itu, ia akan menyediakan rujukan atau contoh tidak baik... ia akan ada implikasi yang besar, di mana pembangkang akan membawa usul-usul sedemikian kelak.
"Mereka yang bercakap mengenai usul seperti ini tidak fikir dengan mendalam implikasi jangka panjang," kata Rafizi lagi.

Wacana: Rasuah politik tidak bermusim

Wartawan Sinar Harian
30 Mac 2012
Wacana Sinar Harian ke-12 bertajuk "Rasuah Politik: Persepsi atau Realiti"
SHAH ALAM - Rasuah politik memang wujud dan ia wujud bukan hanya semasa pilihan raya sahaja.

Parti pemerintah terutamanya, memang menjanjikan sesuatu ganjaran kepada rakyat, termasuk projek pembangunan bagi terus mendapat sokongan.

Soalnya, apakah itu juga boleh dianggap rasuah politik?

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pembangkang sering menuduh kerajaan rasuah apabila menjanjikan projek pembangunan kepada rakyat.

“Sedangkan itu tanggung jawab kita sebagai pemerintah," kata wakil rakyat kawasan Kota Belud ini.

Namun katanya, mereka sendiri sering terlupa turut menjanjikan ‘bulan dan bintang’ untuk meraih undi.

“Kita janji apa yang kita mampu tetapi janji mereka, mereka sendiri pun tak dapat nak tunaikan,” katanya lagi ketika hadir sebagai ahli panel Wacana Sinar Harian ke-12, bertajuk Rasuah Politik: Persepsi atau Realiti di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, semalam.

Selain Abdul Rahman, turut sama berhujah Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull; tokoh akademik dan hak asasi terkemuka, Dr Chandra Muzaffar dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Wacana dipengerusikan pensyarah­ Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.

Ketika menjelaskan definisi tajuk bagi dirinya, Rafizi mengakui rasuah politik satu amalan membabitkan mereka yang berkuasa memberikan janji untuk mendapatkan sokongan agar keputusan pilihan raya memberi kelebihan kepada mereka.

“Di Malaysia, rasuah berlaku apabila seseorang individu menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi. Pemahaman rakyat terhadap rasuah politik ialah kuasa disalahgunakan untuk memberikan projek kepada pihak-pihak tertentu dan bon pada pilihan raya,” katanya.

Berlainan pula bagi Chandra yang menegaskan bahawa rasuah politik adalah janji dibuat individu yang mewakili parti politik bagi meraih undi.

Menurutnya, rasuah politik bukan hanya tertumpu di negara ini, tetapi merangkumi seluruh dunia dalam usaha seseorang atau sesuatu kumpulan mencari kuasa sebagai parti pemerintah.

“Rasuah politik melangkaui sempadan kerana ia merangkumi semua pihak termasuk parti kerajaan ataupun pembangkang dan ia tidak tertumpu satu pihak sahaja.

“Jika kita lihat mana-mana pilihan raya, pemimpin setiap parti politik menjanjikan pelbagai imbuhan untuk memancing undi,” katanya.

Namun kata Chandra, rakyat sedia maklum rasuah politik bukanlah parti, sebaliknya sikap individu atau ahli politik itu sendiri dalam usaha meraih kemenangan.

“Ia boleh disifatkan bahawa rasuah jenayah individu,” katanya.

Mohd Shukri mengingatkan orang ramai supaya tidak menyangka buruk atau memusuhi SPRM yang bekerja keras serta bebas mencegah perbuatan rasuah bagi menyelamatkan masyarakat serta negara.

“Semua orang, terutama pemimpin politik janganlah musuhi kami. Kami berjuang menyelamatkan negara. Marilah kita sama-sama selamatkan negara. Janganlah politikkan isu rasuah kerana musuh kita ialah jenayah rasuah,” katanya.

Bagi maksud yang sama, Mohd Shukri berkata, pemimpin BN dan PR perlu menunjukkan persepakatan mereka untuk tidak mempolitikkan isu rasuah sebagaimana dimeterai bersama dalam Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah.

Menurutnya, masalah dihadapi SPRM dalam menyiasat dakwaan rasuah membabitkan pemimpin politik ialah rasuah dipolitikkan demi kepentingan mereka.

“Isunya kini, jangan hanya bercakap tetapi kita perlu terjemahkan dalam bentuk tindakan.

“Mulai hari ini, dengan persetujuan wakil dua pemimpin daripada BN (Abdul Rahman) dan PR (Rafizi) tidak mempolitikkan rasuah, saya minta ianya terjemahkan dengan tindakan,” katanya.

Ketua Pembangkang: Status Anwar boleh dicabar

29 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Usul untuk mencabar kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang yang didakwa diselubungi pelbagai isu moral boleh dibawa pada persidangan Dewan Rakyat, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Wan Jaafar.

Bagaimanapun, beliau berkata untuk menggugurkan kedudukan seseorang anggota dewan memerlukan satu prosedur tertentu yang mana belum terdapat dalam peraturan dewan ketika ini.

Beliau berkata sesuatu usul yang yang bersangkutan dengan peribadi seseorang serta berlaku di luar dewan tidak mungkin membolekan individu itu digugurkan jawatan secara automatik kecuali ia berkaitan dengan kesalahan jenayah serta menderhaka kepada raja dan negara yang telah disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman.

"Namun ianya tetap perlu dibahas di dewan terlebih dahulu. Kita berpandu kepada tiga perkara iaitu peraturan, undang-undang dan Perlembagaan...tidak ada satu pun dari tiga elemen itu yang memberi ruang dan peluang seseorang boleh membuatkan satu usul dalam dewan untuk membuat satu impeachment terhadap seseorang.

"Terserah kepada budi bicara speaker untuk menerima atau menolak usul anggota untuk membahaskan perkara sebegitu dalam Dewan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan anggota Parlimen Kulim/Bandar Bharu Datuk Zulkifli Noordin semalam yang berkata anggota Parlimen berhak membawa usul kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen terhadap mana-mana anggota dewan termasuk Ketua Pembangkang berhubung perkara tertentu dan khusus.

Kenyataan itu turut disokong Pesuruhjaya Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR), Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah bahawa usul itu boleh dilakukan kerana jawatan Ketua Pembangkang yang disandang Anwar merupakan jawatan rasmi dan beliau memainkan peranan mustahak dalam sistem berparlimen.

Sementara itu, anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali pula percaya jika dibahaskan, usul 'impeachment' Anwar itu boleh berjaya bersandarkan kekuatan jumlah anggota Parlimen Barisan Nasional (BN), yang pasti akan turut mendapat sokongan anggota Parlimen Bebas.- Bernama

SPRM: 'Jangan politikkan rasuah'

NURKHAIRINI JUMARI
29 Mac 2012
sprm_shukri-new
SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menggesa masyarakat terutamanya pemimpin politik agar tidak mempolitikkan isu berkaitan rasuah bagi membantu badan bebas itu melaksanakan siasatan dengan rapi tanpa gangguan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, pemimpin politik perlu menterjemahkan persepakatan tidak mempolitikkan rasuah yang dimenterai bersama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dalam Jawatankuasa Khas SPRM di Parlimen.

Menurutnya, masalah dan kekangan yang dihadapi oleh SPRM dalam menyiasat dakwaan rasuah membabitkan pemimpin politik ialah rasuah tersebut dipolitikkan demi kepentingan mereka.

 “Isunya kini, jangan hanya bercakap tetapi kita perlu terjemahkan dalam bentuk tindakan.

“ Mulai hari ini, dengan persetujuan wakil dua pemimpin dari BN (Ahli Parlimen Datuk Rahman Dahlan) dan PR (Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli) tidak mempolitikkan rasuah, saya minta ianya terjemahkan dengan tindakan,” katanya dalam Siri Wacana Sinar Harian ke-12 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Menurutnya , SPRM memohon kerjasama daripada masyarakat dan pemimpin agar membuat laporan dan member i maklumat berkaitan rasuah secara senyap serta tidak menghebahkan kepada pihak lain dan juga media.

Katanya, tindakan menghebohkan yang menjadi trend pemimpin politik pada masa ini akan mengganggu siasatan di mana kes ini sudah bocor di peringkat awal.

“Apabila hendak membuat laporan kepada SPRM sudah hebah di blog, bawa rombongan ke SPRM dan juga jemput media, perkara ini sudah heboh.

“Tindakan sebegini akan menyukarkan siasatan SPRM, bukti akan hilang, dokumen akan dimusnahkan dan saksi akan bersepakatan tidak beri kerjasama,” katanya.

Beliau memberitahu, rasuah bukan seperti jenayah biasa di mana jenayah ini memberi keuntungan kepada kedua- dua pihak.

“Jika laporan dibuat dihebohkan, mereka yang menerima dan memberi rasuah kedua- duanya mendapat untung. Satu pihak dapat duit, satu pihak dapat projek di mana di antara mereka ini adalah rakan karib, ada tali persaudaraan dan rakan parti politik.

“Masalah SPRM dalam mendapatkan keterangan saksi, jika masa melaporkan kepada SPRM sudah heboh, saksi yang dipanggil tiada elemen ‘surprise’ dan sukar beri kerjasama,” katanya.

Malah menurut beliau, pemimpin politik boleh menghebahkan kepada umum jika SPRM mendapati ada bukti terdapat kes rasuah dalam laporan yang dibuat secara senyap itu.

“Jika SPRM sudah siasat, sudah ada bukti, selepas itu anda nak heboh, hebohkanlah. Tidak ada masalah,” katanya.

Mengulas mengenai persepsi ‘ikan bilis dikejar, ikan jerung dilepaskan’ dalam siasatan SPRM, Mohd Shukri berkata, sejarah membuktikan bahawa pemimpin politik di Malaysia paling ramai didakwa kerana rasuah berbanding negara-negara lain.

“Badan bebas ini sudah mengambil tindakan pada ahli politik yang terlibat dalam rasuah sejak tahun 60-an lagi.

“Tiada isu ‘ikan bilis dikejar, jerung dilepas’ kerana SPRM mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang memberi dan menerima rasuah. Kita tangkap berdasarkan bukti bukan sentimen,” katanya.

Mohd Shukri berkata, persepsi masyarakat yang mengatakan SPRM tidak melakukan siasatan kerana mereka mengandaikan SPRM tidak buat kerja jika dakwaan kes rasuah dihebahkan itu tidak di bawa ke mahkamah.

“Dalam hal ini masyarakat perlu jelas, SPRM siasat semua kes yang dilaporkan, banyak kes yang disiasat tetapi di peringkat pendakwaan mengatakan tidak cukup bukti,” katanya.

Monday, March 26, 2012

Dedah video murtad Isnin ini

AHMAD NORMAN ABU TALIB
26 Mac 2012
Hasan Ali
PETALING JAYA – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan mendedahkan petikan video murtad Isnin depan dan turut mengundang parasit-parasit didakwa berada dalam Pas untuk turut serta menyaksikannya.
Menurutnya, beliau berharap parasit-parasit itu dapat turut serta bersama media untuk menyaksikan petikan video tersebut.
 
Katanya, buat masa ini beliau tidak mahu mendedahkannya dan menunggu Isnin depan.
 
“Kenapa tentang murtad parasit-parasit ini tidak ada seorang pun bercakap? Tak membela seorang pun? Saya harap parasit-parasit ini dapat datang hari Isnin minggu depan untuk tengok tentang pengakuan beberapa orang yang dimurtadkan itu,” katanya pada sidang media di rumahnya di sini, hari ini.
Dalam pada itu, ketika ditanya pemberita berhubung desakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang mahu Hasan menjelaskan dakwaan beliau bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkannya Jalur Tiga (Jati) ditaja oleh dua syarikat besar, Hasan berkata, beliau tidak perlu menjawab tuduhan dibuat berasaskan ‘cakap-cakap kedai kopi’ itu.
Beliau turut memperlekehkan cabaran itu dan menegaskan itu bukan tahapnya untuk melayani desakan sedemikian.
 
“Dia pun kata ini ‘cakap-cakap kedai kopi’ maka kalau Hasan Ali jawab maka Hasan Ali pun macam ketua warung kedai kopi. Hasan Ali punya tahap bukan macam itu. Minta maaflah. Minta ketua warung kedai kopi itu jawab bagi pihak sayalah,” katanya.

Thursday, March 22, 2012

MB Selangor: Rizab Melayu tak diusik

Wartawan Sinar Harian
22 Mac 2012
khalid ibrahim
SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui tiada projek pembangunan melibatkan tanah rizab Melayu oleh anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC) sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, apa yang dirancang Kerajaan Negeri ialah membangunkan tanah rizab Melayu yang terletak di kawasan strategik seperti di Klang, Hulu Langat dan Sepang untuk projek perumahan.

“Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri pada masa ini tidak mempunyai perancangan khusus membangunkan tanah rizab Melayu,” katanya, semalam.

Kenyataan berkenaan menjawab pertanyaan mulut Ng Suee Lim (DAP-Sekichan) berhubung perancangan membangunkan tanah rizab Melayu yang strategik demi meningkatkan tahap ekonomi Melayu.

Abdul Khalid berkata, jumlah keluasan tanah rizab Melayu bagi sembilan daerah di seluruh Negeri Selangor sebanyak 182,701.7 hektar.

Beliau berkata, jumlah keluasan mengikut pecahan daerah adalah Sabak Bernam iaitu 69,129.4 hektar, Gombak (4,576.8), Sepang (9,146 ), Hulu Langat (13,237.5), Hulu Selangor (12,720.8), Kuala Langat (15,012.3), Kuala Selangor (7,474.5), Klang (9,123) dan Petaling (1,093.2).

Dalam pada itu katanya, pihaknya bercadang membangunkan tanah rizab Melayu di negeri ini yang difikirkan boleh menjana keuntungan dan memberikan faedah kepada kaum bumiputera dalam masa terdekat.

Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Majlis Perasmian Pembukaan Sidang Dun Selangor Isnin lalu menitahkan agar pentadbiran Kerajaan Negeri bertanggungjawab mengawal selia tanah dengan amanah dan berhemah.

Dalam titah tersebut, baginda mahu kawasan kepentingan umum seperti hutan simpan, kawasan tadahan air, rizab sungai dan sebagainya mesti dipertahankan malah pencerobohan mesti dibanteras dan kebenaran tidak sepatutnya diberikan untuk projek pembangunan di kawasan tersebut.

“Peruntukan Perlembagaan untuk Tanah Rizab Melayu mesti dipatuhi. Beta tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dengan cuba memindahkan Tanah Rizab Melayu kepada individu atau syarikat bukan milik Melayu.

“Beta percaya Menteri Besar, Kerajaan Negeri Selangor dan semua kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan tanah sentiasa berwaspada mempertahankan tanah rizab Melayu dengan memastikan tidak ada yang bertukar status,” titah baginda.

Hasan Ali persoal elaun, belanja mewah

NURULFATIHA MUAH
22 Mac 2012
Hasan Ali
SHAH ALAM – Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (Bebas–Gombak Setia) mempersoalkan tindakan seorang individu yang menjawat jawatan tertinggi di tiga buah syarikat di Selangor  menerima elaun dan berbelanja mewah sehingga ratusan ribu ringgit.
Bekas Exco Kerajaan Negeri mendedahkan, individu itu didakwa pergi ke China, Thailand dan Australia membabitkan kos kira-kira RM130,000 pada tahun sama.
“Saya bukan iri hati, hanya fikirkan rakyat. Saya hairan sebab dia asyik ke luar negara saja, seolah-olah tiada kerja di negeri ini.
“Saya cadangkan supaya hadkan bilangan untuk seseorang itu pegang jawatan seperti yang pernah dicadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang sebelum ini. Jika dia mahu pegang banyak jawatan, kena hadkan elaun diterimanya,” katanya ketika membahaskan titah Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, semalam.
Sebelum itu, Hasan menyelar Dr Abdul Rani Osman (Pas–Meru) mempunyai masalah psikologi kerana mempersoalkan ketidakhadiran beliau pada Majlis Santapan Diraja, malam Isnin lalu dan sesi petang sidang kelmarin.
“Dia ganggu peribadi saya dan tidak mencerminkan kebijaksanaan yang seharusnya dimiliki oleh seorang Adun.
“Saya juga pernah jadi ahli Parlimen. Kadang-kadang menteri tidak menghadiri sidang Parlimen kerana mempunyai beberapa perkara lain yang mendesak. Adakah itu bermakna mereka tidak menghormati Dewan Rakyat?” katanya.
Dalam sidang sama, Hasan berkali-kali diberi peringatan oleh Timbalan Speaker Dewan, Haniza Mohamed Talha supaya tidak membincangkan perkara peribadi.
Beliau mendakwa, pemecatannya daripada Pas adalah kerana berjuang untuk Islam, Melayu dan institusi diraja (IMR).
Dr Shafiee Abu Bakar (PAS-Bangi) kemudian bangun dan mempersoalkan Hasan sumbangan sebagai Exco Selangor sebelum ini dan mendakwa kemungkinan beliau kecewa akibat dipecat.
Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) turut bertanya masa yang diperuntukkan Hasan melibatkan diri dengan orang bukan Islam mengenai dakwaan murtad yang dibuat mereka.
“Saya seorang pakar motivasi, tiada istilah kecewa dalam hidup saya,” katanya.
Dalam pada itu, Hasan turut mendakwa Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak wajar diangkat sebagai pemimpin dalam membantu pembangunan di negeri itu kerana berdepan dengan pelbagai masalah moral.
“Saya tidak tuju kepada sesiapa pun, cabaran pembangunan bukan bersifat fizikal semata-mata, tetapi moral dan akhlak. Kita perlukan pemimpin yang lengkap seperti itu,” katanya.

Wednesday, March 21, 2012

'Umat Islam-Yahudi boleh berurusan, tapi syaratnya...'

Wartawan Sinar Harian
21 Mac 2012
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tidak salah bagi umat Islam untuk berurusan dengan bangsa Yahudi yang tidak bermusuhan dengan Islam.

Mengulas polemik berikutan pandangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa berurusniaga dengan Yahudi dibenarkan tetapi bukan dengan Zionis, Asri berkata, "maka, kenyataan yang menyatakan bahawa kita boleh berurusan (dengan) Yahudi yang tidak menzahirkan permusuhan kepada umat Islam, adalah benar."

Bagaimanapun menurut beliau, pihak yang memerangi Islam, maka "dia dimusuhi tanpa mengira apapun agamanya."

Katanya, Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia.

"Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi dan menghukum hanya kerana perbezaan agama. Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan Yahudi atau beragama Yahudi," katanya dalam satu kenyataan media.

Jumaat lalu, Abdul Hadi melahirkan pandangan bahawa urusniaga dengan Yahudi dibolehkan tetapi tidak dengan Zionis.

Bagaimanapun, kenyataan Abdul Hadi diselar Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa, Datuk Prof Dr Mahmood Zuhdi dengan membuat perbandingan Yahudi sekarang dengan mereka yang hidup pada zaman Rasulullah SAW adalah tidak tepat dan bermotifkan politik.

Beberapa pemimpin Umno mendakwa Pas sebagai parti politik yang tidak konsisten.

Malah menurut Asri, permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka.

Beliau seterusnya berkata, Nabi Muhammad mempunyai isteri yang merupakan seorang Yahudi iaitu Safiyyah Huyai.

"Sahabat Nabi SAW yang dianggap ilmuwan ‘Abdullah bin Salam, juga seorang Yahudi. Baginda Nabi SAW dalam urusan muamalat pernah menggadai barang kepada Yahudi. Baginda juga menziarahi Yahudi yang sakit. Ini menunjukkan kita boleh berbuat baik kepada Yahudi atas dasar persahabatan yang tidak mengkhianati Islam atau atas asas dakwah.

"Bahkan al-Quran dalam Surah al-Maidah membenarkan perkahwinan dengan wanita Yahudi dan Kristian yang dikatagori sebagai Ahlul Kitab," kata Asri yang kini merupakan felo Pusat Pengajian Islam Oxford.

Tuesday, March 20, 2012

'Pandangan Hadi bukan jawapan politik'

Wartawan Sinar Harian
20 Mac 2012
Abdul Hadi Awang
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang Jumaat lalu melahirkan pandangan bahawa urusniaga dengan Yahudi dibolehkan tetapi tidak dengan Zionis, bukan "jawapan politik" untuk menjaga hati sesiapa tetapi berasaskan fakta, sejarah dan hukum dalam Islam, kata setiausaha akhbarnya, hari ini.

Mengulas pandangan Datuk Prof Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Mohd Nasaie Ismail berkata, kenyataan Abdul Hadi hujung minggu lalu adalah selari dengan pendirian rasmi  Pengerusi Persatuan Ulama Dunia, Dr Yusuf Al Qardhawi bahawa Israel ditentang bukan kerana mereka Yahudi, tetapi kerana mereka menjajah tanah umat Islam Palestin dan fahaman zionis mereka.

Dalam pandangannya disiarkan Sinar Harian semalam, Mahmood Zuhdi antara lain menyifatkan kenyataan Presiden Pas mengenai urusan perniagaan boleh dilakukan dengan Yahudi akan memecah belah umat Islam.

Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata, tindakan Abdul Hadi membuat perbandingan antara Yahudi sekarang dengan mereka yang hidup pada zaman Rasulullah SAW adalah tidak tepat dan ia lebih kepada motif politik.

Katanya, orang Yahudi pada zaman dahulu memiliki akhlak baik dan sanggup bekerjasama dengan pemimpin dan umat Islam berbanding sekarang.

Abdul Hadi tergelincir dari landasan Islam sebenar dan seolah-olah menggadaikan perjuangan Islam, kata ahli akademik itu.

Mahmood Zuhdi, yang juga Pesuruhjaya Suhakam berkata, Ahli Parlimen Marang mengeluarkan kenyataan sekadar menyedapkan mulut dan mengambil hati pemimpin tertentu.

Mengulas lanjut perkara itu, Nasaie berkata, penubuhan negara haram Israel bukan sahaja melibatkan Yahudi tetapi juga adanya konspirasi melibatkan Kristian Evangelis.

"Bermakna Zionis itu bukan melibatkan kesemua Yahudi, tetapi sebahagian Yahudi dan segelintir Kristian mazhab Evangelis," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Keduanya, menurut Nasaie, di kalangan penganut Yahudi salah satu cabang dalam mazhab ortodoks sendiri menentang Zionisme dan dianggap sesat daripada agama Yahudi yang sebenar.

"Mereka menganggap penubuhan Negara Israel di atas tanah umat Islam Palestin ibarat menggali kubur besar kepada orang Yahudi sendiri.

"Yahudi sebegini terlibat sama dalam banyak muktamar pembebasan Palestin yang diadakan di Beirut, Istanbul, London dan Tehran. Malah ada di antara mereka dipenjarakan oleh rejim Zionis Israel kerana menentang penubuhan negara tersebut," katanya lagi.

Sehubungan Nasaie berkata, beliau terkeliru dengan kenyataan Mahmood Zuhdi menyatakan bahawa Yahudi zaman Rasulullah berbeza dengan Yahudi hari ini kerana mereka berakhlak mulia.

"Sedangkan Yahudi di zaman Rasulullah pun ramai yang jahat dan menyeleweng daripada kitab taurat. Namun ada yang bermuamalah dengan Nabi.

"Tauladan Nabi ini akan terus berlaku sepanjang zaman. Begitu juga hari ini, wujud Yahudi berfahaman Zionis yang zalim menjajah dan membunuh umat Islam dan wujud juga Yahudi yang menolak dan menentang penubuhan penjajahan dan kezaliman tersebut.

"Mereka banyak tinggal di Amerika dan Eropah. Malah dizaman ini ada diantara mereka memeluk Islam dan menjadi pendakwah terkenal seperti Muhamad Asad daripada Austria dan Mariam Jamilah daripada Amerika," katanya lagi.

Mengenai poin Mahmood Zuhdi yang mengatakan bahawa jawapan Abdul Hadi tergelincir daripada landasan Islam dan bertujuan politik untuk menjaga hati pemimpin tertentu yang menyokong Yahudi Zionis adalah tuduhan yang berat.

"Mungkin beliau tidak membaca kenyataan rasmi Presiden Pas dan disambut oleh Mursyidul Am (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) secara tegas bahawa Pas menolak kewujudan negara haram Israel.

"Malah Presiden Pas juga tegas menyatakan jika kesemua negara Arab bersetuju pembahagian wilayah Palestin dan Israel, kita tetap menentangnya kerana Palestin bukan milik Arab, tetapi milik umat Islam," katanya lagi.