Showing posts with label Umno. Show all posts
Showing posts with label Umno. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

Asri: Ulama hanyut apabila sertai Umno

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
24 Oktober 2012
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut", antara kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Asri, antara tokoh agama yang melihat arena politik tempatan dari dekat berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.
Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.
Sambil menekankan bahawa peranan ulama dalam pemerintahan bukan sesuatu yang baru dan telah wujud sejak zaman nabi lagi, ahli akademik ini menambah: "Tapi, masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."
“Selain itu, kalau kita lihat dalam persekitaran Umno, agama mereka tidak kuat dan ini akan memberi kesan kepada para ulama sekiranya menyertai Umno," kata Asri pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” semalam. Wacana dianjurkan oleh Sinar Harian.
Selain itu, Asri turut menegaskan, tugas ulama sepatutnya menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat, bukannya berpihak kepada mana-mana parti politik.
“Jangan pula kita meraikan ulama yang mengampu mana-mana parti politik, ini kerana agama tidak membenarkan ikut sesuatu yang kita tiada ilmu mengenainya," jelas Asri.
Pada masa sama, Asri turut menegaskan bahawa sekiranya  percaturan wang dalam politik sering digunakan oleh mana-mana parti termasuk Umno sendiri, tampuk pemerintahan itu seharusnya berundur.
“Dalam pemerintahan, kita tidak sepatutnya menggunakan wang untuk sesuatu agenda politik, tapi perlu menjaga kebajikan rakyat.
“Tapi apa yang dilihat sekarang, pemerintahan Umno masih menggunakan wang. Amalan menghulur semakin subur dalam kalangan pemimpin.
“Jadi, sekiranya ini berterusan, Umno patut berundur,” jelas beliau lagi.

Sunday, August 26, 2012

TERKINI! Umii Hafilda Ali Mula Ugut Umno-APCO??

Written By canang on Sabtu, 25 Ogos 2012 | 8/25/2012 11:59:00 PTG



Setelah ahli keluarganya yang lain perlahan-lahan menjauhkan diri daripadanya termasuk abangnya yang paling rapat, Azwan Ali yang semalam mengumumkan bahawa Umi Hafilda bukan Ali adiknya lagi, kini Umi mula mengungkit 'jasanya' kepada Umno-APCO.

Mungkin di zaman Anwar Ibrahim, Umno-APCO terutamanya Mahathir melayannya umpama bidadari tetapi dalam soal menjatuhkan abangnya sendiri, Azmin Ali dari PKR, Umno-APCO tidak mahu memenuhi keinginannya.

Selain dari faktor bukti tidak kukuh malah fitnah semata-mata, Umno-APCO kini pula yang perlahan-lahan menjauhi dirinya, umpama habis madu sepah buang merata-mata!

Mungkin kerana Azmin hanyalah Timbalan Presiden dan bukannya Presiden walaupun cubaan mengaitkan isteri Azmin, Shamsidar Taharin dengan Anwar, kununnya dalam skandal seks pada 1995 ternyata gagal sama sekali.

Maka untuk meneruskan 'modal menyerangnya', ahli perniagaan itu kini mengungkit mendakwa Najib Altantuya dan Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri kerana sepucuk surat yang ditulisnya kepada Dr Mahathir Mohamad pada 1998.

“Kalau saya tidak tulis surat tersebut sudah tentu Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.

“Tetapi kerana sepucuk surat saya kepada Dr Mahathir mengenai perilaku Anwar, mereka berdua (Abdullah dan Najib) telah menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Bagaimanapun, Ummi agak kecewa kerana kedua-kedua pemimpin besar itu seolah-olah telah melupakan jasanya.

Katanya, Abdullah telah menggantung keahlian Umno beliau dari sebuah cawangan di Gombak.
“Itu yang menyebabkan saya marah sangat kepada Pak Lah,” katanya.

Bagaimanapun, adik Azmin ini menjelaskan penggantungan keahliannya telah ditarik balik.

“Mana mungkin Najib Altantuya tidak ingat dalam perjuangan saya yang menyebabkan saya dimaki hamun dan ditohmah dengan pelbagai tohmahan semata-mata kerana saya melawan Anwar,” katanya.
Mana menteri?

Namun, Umi juga meluahkan rasa kecewa Umno tidak membantunya berkempen menentang Azmin dan Anwar sebagaimana yang dilakukan sekarang.

“Mana menteri, mana wakil-wakil rakyat yang turun berceramah menjelaskan kepada rakyat mengenai pembohongan Anwar dan Azmin,” katanya lagi.

Umi juga mendakwa, ceramahnya lebih berjaya dari pemimpin Umno lain kerana dibanjiri ribuan orang setiap kali diadakan.

“Ceramah saya di Besut (Terengganu) dihadiri 10,000 orang, manakala di Pasir Putih (Kelantan) di kawasan pembangkang dihadiri 8,000 orang.

“Mana ada pemimpin Umno yang boleh mengadakan ceramah seperti saya,” kata Umi lagi.

Dalam pada itu, Umi menafikan beliau melakukan semua itu kerana diarah oleh Umno.

Menurutnya, jika semua yang dibuat kerana arahan Umno sudah tentu Dr Mahathir membantunya semasa ditahan di dalam lokap dahulu.

Umi mendakwa beliau ditahan oleh anggota polis atas arahan Anwar setelah beliau mendedahkan aktiviti pemimpin Pakatan Rakyat itu kepada Dr Mahathir.


Jalan Pulang

Monday, April 2, 2012

Dua Petugas BN Maut Terkena Renjatan Elektrik Semasa Pasang Bendera


Tanah Merah - Dua lelaki mati selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba menaikkan bendera menggunakan buluh dalam kejadian di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam kelmarin.

ANGGOTA polis dan penduduk kampung mengangkat mayat Rosli dan Mohd. Daishan di Kampung Tengah, Bukit Panau, Tanah Merah malam kelmarin untuk dibawa ke Hospital Tanah Merah.

Rosli Hussin, 47, yang merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan rakannya seorang penoreh, Mohd. Daishan Ibrahim, 37, masing-masing ditemui mati pada kira-kira pukul 12 tengah malam di tempat kejadian dengan kesan lebam di telinga dan kaki akibat terkena arus elektrik bervoltan tinggi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitendan Abdul Aziz Mahmud, berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa memegang buluh sepanjang 12 meter yang dipercayai basah dengan niat menaikkan bendera sebuah parti politik.

Tanpa diduga, buluh yang dipasang dengan bendera itu terkena kabel yang berada pada ketinggian sembilan meter sebelum kedua-dua mangsa terkena kejutan elektrik.

Menurut Abdul Aziz, kejadian itu kemudian disedari penduduk kampung sebelum mereka mendapatkan bantuan pihak polis dan hospital berdekatan. -kosmo

Dua rakan maut kena elektrik sebab pasang bendera politik

Gara-gara bersemangat untuk memasang bendera sebuah parti politik, dua rakan maut terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam Jumaat.

Rosli Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan pengsan selepas terkena renjatan elektrik itu, disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah.

Abang ipar seorang daripada mangsa, Che Musa Mamat berkata adik iparnya, Rosli bersama empat rakannya ke kawasan itu untuk mendirikan buluh setingga kira-kira 12 meter untuk menaikkan bendera itu pada pukul 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Abdul Aziz Mahmood ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu awal pagi Sabtu.

Beliau menasihatkan orang ramai, khasnya penyokong parti politik supaya jangan terlalu ghairah bertindak memasang bendera politik sehingga mengabaikan keselamatan diri. Bernama

P/S: No komen! Al Fatihah sahaja yang mampu diucapkan. Tempat berlaku ini hanya 500 meter sahaja dari rumah saya. Dah riuh rendah satu bandar Tanah Merah. Malam tadi keluar berita tv3 dua rakan maut sebab pasang sebuah bendera parti politik. Kenapa tak terus terang cakap pasang bendera dacing. Wallahu'alam.
-halimislam.com


Ulasan GB

Betul juga kata Halimislam. Kenapa sembunyi "fakta" bahawa mereka itu petugas BN?

Jikalah yang terkena itu adalah petugas PR, mungkin sudah kecoh seluruh media massa arus perdana dengan segala macam mak nenek ulasan untuk mempersalahkan PR!

Kini, dengan tolak tepi sentimen parti, semua petugas yang memasang bendera, wajar berhati-hati agar tragedi di atas tidak berulang lagi.

 http://greenboc.blogspot.com/2012/04/dua-petugas-bn-maut-terkena-renjatan.html

Monday, March 12, 2012

Bung: Langkah Shahrizat 'baik tapi sudah lewat'

Wartawan Sinar Harian
11 Mac 2012
Shahrizat Abdul Jalil
SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin yang sebelum ini telah dua kali meminta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar meletakkan jawatan ekoran  kontroversi projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), hari ini menyifatkan keputusan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu sebagai terbaik walaupun sudah "terlambat."
"Saya lihat ini keputusan yang baik walaupun lewat diambil, diumumkan oleh beliau hari ini. Bagi saya, ia sepatutnya sudah lama diputuskan," kata beliau sambil bertanya "mengapa harus mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan ini?"
"Jangan tunggu lama-lama. Buat apa hendak tunggu lama-lama," kata beliau merujuk kepada pengumuman Shahizat akan berundur pada 8 April ini.
Bung Moktar berkata, sepatutnya Shahrizat mengumumkan keputusan ini dengan segera supaya tidak membebankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan.
Ketika diminta menjelaskan beban di pihak Najib membuat keputusan, Bung Moktar berkata, sekiranya Shahrizat tidak berundur, sudah pasti Perdana Menteri terpaksa mengambil tindakan meminta menteri itu meletakkan jawatan.
"Ini yang saya maksudkan beban di pihak Perdana Menteri membuat keputusan," kata beliau lagi.
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN (BBCBN) ini berkata, beliau yakin keputusan Shahrizat ini akan membantu meningkatkan keyakinan ke atas kerajaan.
Disember lalu, Bung Moktar mempertahankan pendiriannya menggesa Ketua Wanita itu meletakkan jawatan atas alasan isu NFC menjadi liabiliti kepada parti.
Ahli Parlimen Kinabatangan yang lantang ini juga mengetepikan wujudnya sokongan padu bagi Shahrizat ketika persidangan agung sayap Wanita awal Disember lalu.
Bung Moktar berkata, menjelang pilihan raya umum, adalah penting Umno tidak dilemahkan oleh skandal-skandal yang dikaitkan dengan mana-mana individu.
Pada pengumuman petang tadi, Shahrizat mengumumkan pengundurannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh pelantikannya sebagai anggota Dewan Negara tamat pada 8 April ini.
Bagaimanapun, katanya, beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan Ketua Wanita BN selepas berfikir dengan panjang lebar bagi meneruskan tugas dan amanah yang telah diberikan kepadanya.
Katanya, surat berhubung perkara itu yang berkuat kuasa pada 8 April telah disiapkan untuk diserahkan kepada Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN.
Ekoran perkembangan hari ini, Bung Moktar berkata, beliau berharap pembangkang tidak lagi menggunakan isu NFC dan Shahrizat sebagai modal politik.
"Selepas Shahrizat memutuskan untuk berundur, saya anggap kes ini sudah selesai. Jadi, jangan jadikan ini sebagai isu, tak perlu bangkitkan lagi," katanya lagi.

Wednesday, March 7, 2012

Umno ingin singkir Ku Li

Wartawan Sinar Harian
7 Mac 2012
KOTA BHARU - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) sudah dapat meramalkan penghujung perjuangan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang sekian lama berada dalam Umno akan dilupakan begitu sahaja.

Pengerusinya, Hu Pang Chaw mendakwa Umno seperti kacang lupakan kulit dan seolah-olah semakin hari cuba untuk mengetepikan Tengku Razaleigh.

“Bagi saya perkara ini tidak pelik, mereka ini tidak mengenang jasa veteran di dalam Umno dan apabila merasakan diri mereka sudah kuat, mereka akan tinggalkan orang tua ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian ketika diminta mengulas keputusan mesyuarat tergempar di Gua Musang yang mahukan Ku Li berundur secara terhormat.

Sebagai menghormati perjuangan Ku Li terhadap rakyat, Pang Chaw juga menasihatkan Ku Li supaya membuat keputusan yang bermaruah dalam dirinya.

“Keluar cara terhormat, biarlah mati dengan bermaruah dan bagi sesiapa yang memilih untuk masuk Umno perlu berfikir dua kali sebelum membuat keputusan,” katanya.

Pang Chaw turut membidas pendirian ahli jawatankuasa Umno bahagian yang menyifatkan kenyataan Ku Li sering kali memihak kepada pembangkang dan mencemarkan imej parti.

“Ku Li adalah pemimpin yang sebenar, dia tidak duduk diam dan bukannya mengikut telunjuk Umno,” katanya.

Friday, March 2, 2012

PERKASA MEMBISU, UMNO KELU!!! Nafi hudud dalam al-Quran bermakna tolak al-Quran

http://mohdfazli.files.wordpress.com/2008/05/kl20_060408_tun_ucap-a.jpgKUALA LUMPUR, 2 Mac: Menyatakan bahawa hukum hudud tidak terdapat dalam al-Quran dan hanya ciptaan manusia boleh menjejaskan aqidah.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir, kenyataan seperti itu juga bermaksud menolak al-Quran itu sendiri.

"Hukum hudud ini ditentukan oleh Allah, dalam al-Quran disebut secara jelas. Sepakat ulama juga tetap bahawa hukum hudud ada dalam al-Quran seperti hukum potong tangan dan bunuh balas (qisas).

"Sesiapa yang menidakkan hudud dalam al-Quran, maksudnya dia tolak al-Quran," tegasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sedangkan katanya rukun iman yang keempat adalah percaya kepada kitab Allah termasuk al-Quran.

Beliau yang juga bekas Mufti Kerajaan Terengganu berkata demikian ketika diminta memberi pandangan terhadap kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu program bersama mahasiswa baru-baru ini bahawa hudud tidak ada dalam al-Quran dan perlaksanaannya tidak adil.

Rakaman video ucapan Mahathir itu juga kini disebar meluas di internet khususnya di Youtube.

Dalam perkembangan lain, AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik turut menggesa para alim ulama, mufti hingga ke Majlis Raja-Raja Melayu menegur Mahathir yang juga mantan Presiden Umno itu.

Ini kerana kenyataan Mahathir itu bukan sahaja boleh disifatkan teroesong dari ajaran Islam malah boleh mengelirukan umat Islam seluruhnya.

“Kenyataan Tun Dr Mahathir ini ‘besar’ (salah) apabila menafikan hudud atau mengatakan hudud tidak ada dalam al-Quran. Sedangkan perkataan hudud itu sendiri jelas disebut dalam al-Quran.

“Hukum hudud bermakna hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh al-Quran secara nas qat’ie iaitu nas yang putus seperti hukum mencuri, hukum berzina ada dalam al-Quran.

“Begitu juga dengan nas yang berhubung dengan murtad, nas berhubung dengan arak, qazaf dan semuanya ada jelas dalam al-Quran,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Pusat pula akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat mereka minggu depan.

"Insyaallah, minggu depan meeting DPPM, saya akan bincang dgn rakan-rakan bentuk tindakan wajar dan sesuai ke atas Tun Mahathir atas istiqamah kenyataannya yg menolak hukum hudud dan menyebutnya ia tdk terdapat di dalam al quran.

"Mungkin DPPM akan request untuk bertemu Tun Mahathir bagi menyampaikan betul duduk hukum hudud," kata ketuanya Nasruddin Hassan di laman Facebooknya.

ELOKLAH TU!!! Akhirnya UMNO meminang Hasan Ali

Oleh Safar Jumaat
http://penyokongpas.files.wordpress.com/2012/02/hasan_ali.jpgTentu ramai di kalangan orang-orang Umno (jangan sebut ahli-ahli Umno kerana Presidennya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak seperti sudah hilang kepercayaan kepada ahli Umno) terkejut dengan seruan Ketua Penerangan Umno, Dato' Ahmad Maslan supaya Umno dan BN memberi tempat kepada bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato' Dr Hasan Ali berceramah.


Apa tidaknya, Ahmad Maslan mungkin menyangkakan ceramah Dr Hasan akan mendapat sambutan luar biasa, setelah Umno dan BN gagal menarik khalayak di dalam setiap ceramah yang mereka anjurkan, kecuali diadakan cabutan bertuah setiap kali ada majlis ceramah anjuran Umno dan BN.

Apakah Umno kini sudah ketiadaan penceramah? Kenapa perlunya Dr Hasan membantu Umno? Atau Ahmad merasakan penceramah Umno tidak mempunyai "bisa" seperti penceramah PAS yang mampu menarik khalayak?

Ini maknanya, Umno dan BN hanya gah di luar dengan pakaian dan lambang 1Malaysia, tetapi ceramah mereka tiada siapa yang mahu mendengarnya. Bayangkan kalau penceramah Umno itu bernama Raof Yusoh yang merupakan Setiausaha Kerja Umno Malaysia, mungkin yang mendengarnya lebih sedikit dari jumlah kenderaan yang dia miliki.

Kenapa Umno jadi begitu teruk sekarang? Di manakah silapnya hingga Umno teraba-raba mencari penceramah? Kenapa ceramah Umno tidak mampu menarik minat pendengar dan apakah ini membuktikan rakyat sudah tidak percaya kepada kata-kata pemimpin Umno di dalam ceramah-ceramah yang dianjurkan?

Ramai yang percaya, cadangan Ahmad Maslan itu hanyalah cadangan dia seorang. Mungkin Presiden Umno sendiri tidak bercadang menjemput Dr Hasan memberi ceramah di kawasan Parlimen Pekan, kecuali ada permintaan dari Dr Hasan sendiri.

Maklumlah, Dr Hasan yang mempunyai banyak masa untuk berceramah sekarang, tentunya mahu mendekatkan dirinya dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Lagipun, setiap ceramahnya, tentulah bakal mendapat liputan yang baik dari akhbar-akhbar pro Umno.

Khabarnya, Ahmad mempelawa Dr Hasan ke kawasan Parlimen Hulu Langat. Kenapa Ahmad memilih Hulu Langat, hanya dia sahaja yang tahu. Sepatutnya dia menyediakan pentas Umno di Pontian, kawasan yang dia sendiri wakili – tetapi tidak begitu.

Ahmad juga kena tahu, salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri di Pontian pernah dimenangi calon Bebas dalam tahun 70 an. Ini bererti, Pontian bukanlah kerusi selamat bagi Umno dan BN dalam PRU13, jika pengundi menggunakan kebijaksanaan masing-masing.

Kata Ahmad, seperti dilaporkan media arus perdana pro Umno, Dr Hasan mestilah datang ke majlis ceramah Umno atas tiket NGO. Maknanya, jika ada mana-mana NGO yang datang berceramah atas undangan Umno, NGO tersebut mestilah yang menguntungkan politik Umno.

Umno dan BN kini sudah ketandusan penceramah. Suatu ketika dahulu Umno ada penceramah seperti Allahyarham Ikhwan Nasir, Ahli Parlimen Pontian. Tetapi, kini Umno terpaksa menggunakan khidmat bekas-bekas pemimpin pembangkang kerana Umno tidak mampu melahirkan penceramah yang boleh diterima pengundi dan rakyat.

Itulah sebabnya, Umno kini terpaksa mendapatkan khidmat Zahid Mohamad Arip, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berceramah. Dalam masa yang sama, Umno juga mendapatkan khidmat Senator Mohd Ezam Md Nor, bekas Setiausaha Politik Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana, kedua-dua bekas anak didik Anwar ini mampu menyerang Anwar di pentas ceramah dan tidak ada sesiapa dalam Umno yang boleh mengatasi kebolehan kedua-dua penceramah ini di dalam memalukan Anwar. Ceramah di pentas Umno kini adalah ceramah lucah dan penuh dengan cerita liwat dan video seks. Tidak sah ceramah Umno jika tidak menyentuh isu ini.

Malangnya, kehadiran mereka yang ingin mendengar ceramah dari mereka ini, cukup menyedihkan. Berbeza dengan PAS, DAP dan KeADIlan, setiap ceramah mereka, jika tiada sekatan polis, ia akan menyebabkan kesesakan jalan raya di kawasan sekitar. Ini yang menyebabkan Umno dan BN pening memikirkannya.

Seorang bekas wakil rakyat BN memberitahu, mereka yang memegang jawatan dalam Umno di peringkat bahagian bimbang jika ada mana-mana pihak, termasuk dari kalangan bekas wakil rakyat yang ingin memberi ceramah.

Mereka takut, bekas wakil rakyat itu mampu menarik sokongan kepada mereka dan mengecilkan peluang pemegang jawatan untuk bertanding semula dalam PRU13. Maka, lebih baik mereka tidak membenarkan sesiapa datang membantu mereka khususnya dari kalangan bekas wakil rakyat yang boleh berceramah.

Ahmad Maslan sendiri tidak dapat jemputan dari semua bahagian. Ini kerana ceramah Ahmad Maslan sendiri mengambil masa yang panjang untuk menceritakan siapa dirinya sebelum mahu menyampaikan ceramah dasar-dasar perjuangan parti dan kerajaan.

Khabarnya, Ahmad juga sering memastikan kehadiran wartawan untuk membuat liputan sebelum hadir ke satu-satu majlis kerana publisiti dirinya cukup penting ketika dia berceramah. Dalam era kepimpinan Najib menerajui Umno, Najib dikatakan tersilap memilih Setiausaha Kerja, Ketua Penerangan dan Bendahari. Mereka ini hanya menjaga kepentingan politik sendiri dan tidak pernah menghiraukan keuntungan Umno secara menyeluruh.

Itulah sebabnya, Ahmad Maslan terpaksa mengumumkan Umno bersedia dan perlu menyediakan pentas buat Dr Hasan. Bayangkan kalau Dr Hasan tidak dipecat dari Umno, siapakah yang mampu mengisi ruang kosong penceramah Umno tersebut?

Setakat ini, tidak pula kedengaran Umno mahu memberi laluan kepada bekas Naib Presiden PAS, Dato' Nakahie Ahmad berceramah, walaupun Nakahie pernah dilantik menjadi Penolong Ketua Penerangan Umno Malaysia, dalam era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu.

Umno juga belum kedengaran mahu menyediakan tempat buat Dr Chandra Muzafar. Kenapa Umno memilih Dr Hasan, hanya Ahmad Maslan sahaja yang tahu tetapi rata-rata membayangkan Umno memang mengharapkan Dr Hasan menyertai Umno selepas dipecat dari PAS.

Apakah ada usaha Umno menyokong Dr Hasan bertanding di Parlimen Hulu Langat atau salah satu kerusi Dun di kawasan Hulu Langat? Semua ini perlu diperhatikan dengan teliti tetapi orang Umno Hulu Langat tidak mungkin begitu mudah melepaskan kerusi Parlimen atau Dun hanya kerana memenuhi keinginan Ahmad Maslan, dan memenangkan Dr Hasan yang mereka anggap tidak pernah menyumbang kepada Umno selama ini.

PAS perlu berbangga dengan apa yang berlaku ini, kerana pemimpin-pemimpin PAS rupa-rupanya sentiasa menjadi rebutan Umno. Agaknya, Umno memang sentiasa mengharapkan PAS berkrisis kerana setiap kali PAS berkrisisi, Umno secara tidak langsung mendapat keuntungan politik.

Hukum Hudud itu wujud di dalam Al-Quran dan Hadith dan bukannya rekaan Ulama'.


Hukum mencuri:

"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." Surah Al-Maidah ayat 38. Ini dalil hukum hudud untuk mencuri. Jelas, ini adalah Al-Quran.

Diriwayatkan pula di dalam Sohih Bukhari Hadith no 1516 Jilid 3:

Dari Aisyah r.a., Orang Quraisy merasa tidak senang akan hukuman yang dijatuhkan kepada seorang perempuan suku Makhzum mencuri. Mereka berkata: "Siapakah yang boleh menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w. supaya perempuan itu dibebaskan saja?" Kata mereka: "Siapakah yang berani selain Usamah bin Zaid, kesayangan Rasulullah s.a.w.!" Usamah lalu menyampaikannya kepada beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mengapa engkau memberikan pertolongan untuk membebaskan seseorang dari had (hukum) Allah?" Kemudian beliau berdiri lalu berpidato, sebagai berikut: "Orang-orang yang sebelum kamu dibinasakan, kerana kalau orang yang terhormat (mulia) mencuri, mereka biarkan saja. Tetapi kalau yang mencuri itu orang lemah, mereka jatuhi hukuman. Demi Tuhan! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, saya potong juga tangannya!"

Hukum zina:

"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman." Surah An-Nur ayat 2.

Hukum Rejam untuk penzina yang telah berkahwin:

"Dari Jabir bin Abdullah Al-Ansar RA, bahawa seorang lelaki dari Aslam datang kepada Rasulullah SAW dan menyatakan bahawa dia telah berzina. Pengakuan ini diucapkannya empat kali. Lalu Rasulullah SAW menyuruh supaya orang itu direjam. Sesungguhnya dia telah berkahwin." Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sohihnya, no 1817, Jilid 4, Bab Zina.

hukum murtad:

"Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia." Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sohihnya, Hadith no 6922. Jelas, ini adalah hadith yang sohih.

hukum Qazaf (menuduh orang lain berzina):

"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik" Surah An-Nur ayat 4.

Perkara ini juga adalah satu perkara yang serius dimana, kalau pak cik mat yang cakap tentang hukum ini, tidak mengapa, amat mudah, kita boleh terangkan kepada pak cik mat tentang perkara ini dan minta penerangan yang lanjut oleh ustaz dan ulama yang lebih arif dengan tujuan untuk selamatkan akidah pak cik mat, tapi ini bekas perdana menteri Malaysia, yang juga merankap seseorang yang dihormati di Malaysia ini.

Tun Mahathir juga merupakan seorang yang dihormati dan disegani, dan bila keluar kenytaan yang begini, mungkin ramai yang akan bulat bulat percaya Hukum Hudud tiada dalam al quran, sedangkan hakikatnya banyak lagi hadith dan perkara yang melibatkan hukum hudud ini dalam al quran.

Siapa yang mampu memperbetulkan keadaan ini? siapa yang akan jumpa dengan tun Mahathir menerangkan bahawa hukum hudud ada didalam al quran ia bukan rekaan para ahli fiqah.

Kena ingat, Hukum hudud bertujuan untuk mencegah, ia tidak kejam berbanding hukuman yang manusia cipta.

Siapa yang suka mengkaji, cuba kaji, mana lagi bagus, hukum gantung sampai mati lagi baik atau hukum pancung kepala?

PKR dakwa 3 surat bukti hipokrasi Mahathir

Wartawan Sinar Harian
1 Mac 2012
Tun Dr Mahathir Mohamad
SHAH ALAM - Pendedahan surat-surat ditulis Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga ketua kerajaan Israel mengesahkan dakwaan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dan juga membuktikan sikap kepura-puraan bekas Perdana Menteri itu selama ini.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, imej luaran Dr Mahathir sebelum ini seolah-olah mengambil sikap keras dengan Israel dan memfitnah Anwar sebagai 'pro-Yahudi', sebaliknya beliau sendiri mengambil pendekatan berbeza dengan pemimpin Zionis.

"Sebelum ini, Anwar menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi apabila disoal akhbar antarabangsa Wall Street Journal (WSJ) berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

"Kemahuan ini merangkumi Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Palestin, kepulangan pelarian Palestin, penghentian penerokaan tanah serta pengiktirafan negara Palestin yang merdeka oleh Israel dan jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Kementerian Luar mendedahkan tiga pucuk surat Dr Mahathir kepada Perdana Menteri ketika  itu iaitu Yitzhak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak.

Perdana Menteri semasa, Netanyahu juga pernah menyandang jawatan itu antara 1996 dan 1999.

Dalam pada itu, Saifuddin turut menegaskan bahawa Anwar juga menolak hubungan diplomatik dengan Israel dalam wawancara tersebut.

Menurut Saifuddin, sebaliknya Dr Mahathir pula bertemu dan berhubungan dengan perdana-perdana menteri dan menegaskan berulang kali keinginannya mengadakan hubungan antara Malaysia dengan Israel.

Malah kata Saifuddin, hasrat ini dilahirkan menerusi tulisan tangan dalam suratnya kepada Rabin.

"Sikap ini diteruskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan melantik syarikat perunding komunikasi antarabangsa Apco Worldwide (Apco) sebagai perunding mereka.

"Antara penasihat APCO merupakan bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel, Doron Bergerbest-Eilon," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan Malaysia sebenarnya mengambil sikap berat sebelah di dalam isu Palestin dengan hanya mengiktiraf pergerakan Fatah, tanpa mengambil kira ketua pergerakan Hamas, Khaled Meshaal yang dipilih rakyat Palestin.

Katanya, ini membuktikan kerajaan Umno-BN tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan Israel.

Pas yakin selesai 'krisis Exco' dalam seminggu

G MANIMARAN
2 Mac 2012
Salahuddin Ayub
KUALA LUMPUR - Langkah meminta Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh menerima tawaran pelantikan semula sebagai Exco Kerajaan Negeri salah satu formula yang dipertimbangkan malam tadi bagi menyelesaikan 'krisis kepimpinan' Pas Kedah, kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.

Sehubungan itu, beliau berharap kontroversi yang melanda kerajaan negeri, yang Menteri Besarnya dari Pas, akan selesai dalam seminggu ini.

"Salah satu formula ialah meminta kedua-dua mereka terima jawatan Exco, kita akan bincangkan perkara ini dalam satu pertemuan dengan mereka esok.... antara Datuk Seri Azizan, Phahrolrazi dan Dr Ismail," kata beliau ketika dihubungi awal pagi tadi.

Mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat selama lebih tiga jam lewat malam tadi gagal menemui jalan penyelesaian terhadap kemelut pimpinan parti itu di Kedah, yang diterajui oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Mesyuarat bermula kira-kira jam 9 malam dengan dipengerusikan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Pihak yang terlibat dalam kemelut itu iaitu Azizan dan dua Exco yang menolak tawaran pelantikan semula - Phahrolrazi dan Ismail tidak kelihatan.

Azizan juga merupakan Pesuruhjaya Pas Kedah.

Mesyuarat itu berakhir sekitar 12.30 tengah malam tadi.

Laporan media memetik Mohamad berkata, mesyuarat itu masih belum menemui penyelesaian.

Oleh itu, satu pertemuan khas akan diadakan di Kedah esok, yang akan dihadiri Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semua anggota jawatankuasa kerja pusat dan pihak-pihak yang terlibat dalam konflik itu.

"Kita harap mesyuarat itu nanti dapatlah menemui jalan penyelesaian," katanya.

Phahrolrazi dan Ismail tidak mengangkat sumpah bagi

pelantikan semula sebagai Exco pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, tempoh khidmat mereka sebagai anggota Exco hanya tamat secara rasmi 7 Mac ini.

Pada hari yang sama Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah berkata, beliau enggan dilantik semula kerana mempunyai perbezaan pendapat yang "kritikal" dengan Azizan dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.

Menjawab soalan mengenai hasil perbincangan mesyuarat khas malam tadi, Salahuddin yang dihantar sebagai wakil kepimpinan pusat untuk menyelesaikan isu itu awal minggu ini berkata, "kami yakin akan dapat menyelesaikan isu ini dalam seminggu ini. Boleh selesai dalam seminggu ini."

"Kami hendak menyelesaikan satu perkara demi satu perkara," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini dengan merujuk kepada pertemuan khas bersama di Kedah malam esok.

Thursday, March 1, 2012

SURAT DR MAHATHIR KEPADA EHUD BARAK

29 Februari 2012
BERIKUT ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak yang baru dipilih pada 1999, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar hari ini.
    


                                                      PERDANA MENTERI MALAYSIA
  
  
 8 Jun 1999
  
 Tuan Yang Terutama
 Encik Ehud Barak
 Perdana Menteri Israel
 TEL AVIV
  
Tuan Yang Terutama,
  
Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini. Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru.
  
Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan. Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama
perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel. Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen.
  
Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansur. Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel. Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnyua mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan.   
Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain. Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh. Mana-mana negara yang merampas tanah  dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian.
  
Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan. Ini mestilah berdasarkan pada prinsip "pertukaran tanah untuk perdamaian" dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.
  
Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.
 
Yang Ikhlas
  
Dr Mahathir mohamad

SURAT DR MAHATHIR KEPADA BENJAMIN NETANYAHU

29 Februari 2012
BERIKUT adalah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada 1997, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar hari ini.
 
  
                                                    PERDANA MENTERI MALAYSIA
  
14 Mac 1997
  
Tuan Yang Terutama
Tuan Benjamin Netanyahu
Perdana Menteri Israel
Jerusalem
  
  
Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam. Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.
Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan. Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.
  
Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar
daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang. Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap
orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.
      
Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.
      
Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak  bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan. Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun. Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.
  
Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini. Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.
Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang. Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi  sebahagian daripada Malaysia. Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.
      
Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.
      
  
 DR MAHATHIR MOHAMAD

SURAT DR MAHATHIR KEPADA YITZHAK RABIN

29 Februari 2012
BERIKUT ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin pada 1993, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar hari ini.
  
                                                      PERDANA MENTERI MALAYSIA
  
21 Disember 1993
  
Tuan Yang Terutama
Tuan Yitzhak Rabin
Perdana Menteri Israel
JERUSALEM
  
  
Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.
  
Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah. Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap
perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka. Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.
      
Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.
  
Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.
  
Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)
      
DR. MAHATHIR MOHAMAD

Wednesday, February 29, 2012

Putrajaya siar 3 surat Dr M kepada Israel

29 Februari 2012
Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini menyiarkan kepada umum tiga pucuk surat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel yang jelas menunjukkan ketegasan Malaysia terhadap kekejaman Israel.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, ketiga-tiga surat itu ialah bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan Malaysia tidak konsisten dalam pendirian dan dasarnya berhubung Palestin.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata surat berkenaan ialah:

i) Surat daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Yitzhak Rabin, Perdana Menteri Israel, bertarikh 21 Disember 1993;
ii) Surat daripada Dr. Mahathir Mohamad kepada Benyamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel, bertarikh 14 Mac 1997; dan
iii)    Surat daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Ehud Barak, Perdana Menteri Israel, bertarikh 8 Jun 1999.
Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak ketika melawat Melaka pada 24 Februari dan Sekinchan, Selangor pada 26 Februari telah menyatakan kesediaan Kerajaan Malaysia untuk menyiarkan kepada umum beberapa pucuk surat Mahathir kepada Perdana Menteri Israel.
"Saya ingin menyatakan bahawa sebagai satu dasar, Malaysia selama ini telah secara konsisten memberi sokongan sepenuhnya terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk mencapai satu penyelesaian yang adil dan komprehensif terhadap konflik Palestin-Israel dan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.
"Kandungan surat-surat tersebut jelas menunjukkan pendirian yang berprinsip dan ketegasan Malaysia terhadap tindakan haram dan kekejaman Israel yang telah menggugat pelaksanaan proses damai, dan gesaan beliau kepada Israel untuk memenuhi obligasinya dan melaksanakan semua perjanjian yang telah dimeterai di antara Palestin dan Israel," kata Anifah.
Beliau berkata ini termasuk Perjanjian Oslo yang ditandatangani oleh Allahyarham Yasser Arafat bagi pihak Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Shimon Peres dari Israel pada 13 September 1993 berhubung Principles and Mutual Recognition (Prinsip dan Pengiktirafan Bersama) antara Israel dan PLO.
Anifah berkata, sebagai Perdana Menteri pada masa itu, Dr Mahathir tidak pernah menyatakan sokongan beliau kepada Israel, mahupun terhadap keselamatan negara tersebut, dan surat-surat beliau, sama ada secara tersurat atau tersirat, tidak sesekali menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
"Kesediaan Malaysia untuk mengadakan hubungan dengan Israel adalah tertakluk kepada pelaksanaan sepenuhnya oleh Israel (terhadap) semua resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan, termasuk permohonan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB berdasarkan sempadan 4 Jun 1967, dengan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara Palestin. Ini merupakan pendirian Malaysia selama ini," katanya.
Anifah berkata, surat-surat tersebut mencerminkan peranan dan usaha Mahathir dan Malaysia, sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan dihormati oleh masyarakat antarabangsa dalam membantu mencari penyelesaian yang adil dan
berkekalan terhadap konflik tersebut dalam mengembalikan martabat rakyat Palestin yang telah sekian lama ditindas.

Mahathir Masuk Perangkap Sendiri Kes Hina Al Quran

Perkasa: 'Pas dan Umno perlu bersatu'

RUZY ADILA IDRIS
28 Februari 2012
wacana11
SHAH ALAM – Pemimpin Perkasa menegaskan bahawa kerjasama politik Pas dan Umno, yang menjadi topik perbincangan sejak pilihan raya umum 2008, sangat penting bagi menjamin kesepaduan dan masa depan orang Melayu.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim berkata, perpecahan di kalangan orang Melayu ketika ini memang berlaku, tetapi ia tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk tidak bersatu.

“Mengapa Pas boleh bersatu dengan DAP yang jelas tidak memperjuangkan akidah yang sama dalam perjuangan parti tetapi Umno yang memperjuangkan akidah yang sama, Pas tidak mahu bersatu?

“Perbezaan yang wujud bukan untuk berpecah belah tetapi untuk meraikan perbezaan itu,” katanya ketika menjadi panel Wacana Sinar Siri Ke-11 bertajuk "Mengapa Undi Melayu Pecah" petanng ini.
Ruslan menambah, rakyat Malaysia perlu mengakui sejarah negara terutamanya pada 1946 apabila seluruh rakyat tidak mengira kaum dan semua badan bukan kerajaan (NGO) bersatu menentang Malayan Union.
Katanya, kesepaduan ini telah menjadi satu visi untuk membentuk kesepaduan rakyat ketika ini.
Soal idea kerjasama perpaduan telah berulang kali diketengahkan oleh banyak pihak termasuk oleh Mufti Perak.
Pas menegaskan pihaknya akan meneruskan kerjasama dalam perikatan Pakatan Rakyat (PR), yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 2008, bukannya bersaam Umno dengan merujuk kepada pengalaman 1970-an.
Umno, parti teras Barisan Nasional (BN), berulang kali berkata pihaknya berminat untuk mengadakan perbincangan dengan Pas bagi mengadakan kerjasama politik.

Saturday, February 25, 2012

Siapa dalang taja Hasan Ali?

AHMAD NORMAN ABU TALIB
24 Februari 2012
jati dilancar
SHAH ALAM – Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Abdul Samad meminta bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali untuk menjelaskan sama ada benar dakwaan beliau bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkannya,
Jalur Tiga (Jati) ditaja oleh dua syarikat besar.
Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam bagaimanapun menafikan beliau membuat tuduhan itu, sebaliknya cuma mahukan penjelasan Hasan sama ada benar dakwaan yang dikatakan merupakan "cakap-cakap kedai kopi."
Menurutnya, beliau berpendapat kemungkinan dakwaan tersebut benar kerana syarikat-syarikat itu akan mendapat faedah sekiranya Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Katanya, bukan dua syarikat itu sahaja, malah dipercayai banyak lagi kontraktor yang akan mendapat faedah tersebut kerana di bawah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mereka tidak berpeluang mendapat keuntungan seperti dahulu.
Hasan sebelum ini menubuhkan Jati untuk memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-raja (IMR) di mana pelancarannya diadakan Selasa lalu di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).
“Saya bukan menuduh cuma saya mahu penjelasan dan penafian supaya rakyat Selangor tahu kerana selain daripada dua syarikat besar itu mungkin ada lagi kontraktor-kontraktor lain yang membiayai Hasan.
“Orang yang membiayainya pastilah orang yang mendapat faedah keuntungan daripada tajaan itu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
Menurutnya, beliau ingin tahu dari mana sumber kewangan diperoleh Hasan bagi menampung siri jelajah ceramahnya itu, termasuk pelancaran Jati yang didakwanya sekurang-kurangnya memerlukan perbelanjaan RM30,000 untuk sewa dewan sahaja.
Secara sinis beliau berkata, mungkin Hasan menggadai rumah dan menjual keretanya sebagai pengorbanan bagi membiayai perjuangan politiknya.
Khalid berkata, beliau memberi peluang kepada ketiga-tiga pihak itu untuk tampil membuat penjelasan dan penafian.
Menurutnya, ketiga-tiga pihak itu perlu menafikan dakwaan mengatakan mereka mendapat keuntungan sekiranya PR tidak lagi memerintah negeri ini.
“Kalau betul mereka akan dapat untung sekiranya PR jatuh nanti, maka andaian rakyat dan percakapan di kedai kopi mengenai syarikat-syarikat itu sedang membiayai Hasan itu berasas. Saya tegaskan di sini saya tidak menuduh tetapi saya meminta penjelasan dan penafian,” katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Khalid mempertikaikan nilai kontrak baru Hospital Shah Alam yang diumumkan baru-baru ini oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor bernilai kira-kira lebih RM400 juta.
Katanya, sebelum ini kontrak asalnya bernilai anggaran RM480 juta dan telah dibayar kira-kira RM200 juta.
“Sekarang ini nilainya mencecah RM600 juta, malah projek yang sepatutnya siap Oktober 2010 itu kini dijangka siap 2014. Adakah dia (Shaziman) bangga dengan pencapaiannya itu?” katanya.

Friday, February 24, 2012

Isu Israel: Umno diminta diam, jangan laga Pas-PKR

24 Februari 2012
SHAH ALAM – Umno tidak perlu melaga-lagakan pemimpin Pas dan PKR dalam isu Israel kerana parti teras Barisan Nasional (BN) itu juga pernah menerima penyelesaian dua negeri  Israel dan Palestin, kata  Datuk Mustafa Ali hari ini.

Menurut Setiausaha Agung Pas ini, Umno lebih akomodatif terhadap Israel berbanding dengan sikap Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang memberikan syarat untuk Israel jika mahu diterima iaitu menyokong dan mengiktiraf Palestin.

Kata Mustafa, tujuan sebenar Umno menekankan isu Israel dan Palestin ini adalah untuk memecahkan Pakatan Rakyat.

"Inilah yang ditakuti sebenarnya oleh Umno iaitu kekuatan ikatan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat," kata beliau dipetik Harakahdaily.

Sejak dari era kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Mustafa, menjadi dasar negara Malaysia yang ditunjangi Umno mengiktiraf Israel walaupun tidak secara terbuka.

Bahkan bendera Israel juga pernah berkibar di bangunan Umno, PWTC.

"Sebab itu sejak dahulu lagi Malaysia membenarkan pasukan hoki Israel bermain di Malaysia, membenarkan hubungan dagang antara Israel dan Malaysia.

"Bahkan, menteri Umno juga pernah berjumpa dan berbincang dengan menteri Israel," jelas beliau.

Oleh itu, apabila para pemimpin Umno menekan Datuk Seri Anwar dalam isu Israel ia sepatutnya tidak berbangkit langsung.

Ini kerana, Umno melalui kerajaan Malaysia sejak dahulu mengiktiraf Israel.

"Yang berbezanya, Pas tidak mengiktiraf Israel. Umno pula hanya berminat dalam isu ini ekoran kenyataan Anwar dalam The Wall Street Journal adalah untuk memecahkan Pas dan Pakatan Rakyat.

"Jadi jangan haraplah. Lebih baik menteri-menteri Umno itu diam kerana Umno juga sama sahaja mengiktiraf Israel," kata Mustafa lagi.

Thursday, February 23, 2012

Bai'ah: Nik Aziz nafi 'tohmahan' Tun Mahathir

Wartawan Sinar Harian
23 Februari 2012
Nik Aziz Nik Mat
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil menafikan tanggapan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menegaskan, partinya tidak pernah memaksa ahli-ahlinya taksub kepada pemimpin-pemimpin parti itu.

Malah kata beliau, kenyataan Dr Mahathir juga memberi satu tanggapan yang salah mengenai dasar dan perjuangan Pas.

"Semalam Dr. Mahathir ada komen mengenai bai'ah yang diamalkan oleh Pas. Ia semacam mentohmahkan cara bai'ah Pas sebagai ketaksuban kepada pemimpin tidak Kepada Allah SWT.

"Sebenarnya, Pas tidak mengamal sebegitu. Pas mengajar ahli dan pemimpinnya berbai'ah tetap kepada Allah dan Rasul serta kepatuhan kepada rukun erjamaah, bukannya pemimpin," kata beliau dalam komen yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook.

Sehubungan itu kata beliau, jelas sekali Dr. Mahathir sudah tersasar dalam menterjemahkan Pas sebagai sebuah  gerakan politik Islam yang meletakkan akidah perjuangan Islam sebagai keutamaan.

Wednesday, February 22, 2012

Tak perlu bai'ah, kata Tun Mahathir

ZULAIKHA ZULKIFLI
22 Februari 2012
Tun Dr Mahathir Mohammed
SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan langkah Pas yang mahu mewajibkan calonnya, yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13, mengambil sumpah bai'ah atas alasan ia seolah-olah menunjukkan ahli-ahlinya tunduk kepada pemimpin mereka.

Bekas Perdana Menteri berkata, manusia sepatutnya hanya tunduk kepada ALLAH dan bukan kepada sesama manusia.

Beliau yang juga bekas Presiden Umno memberitahu bahawa pemimpin-pemimpin Pas juga merupakan manusia biasa, bukannya Nabi atau raja.

"Dia orang (pemimpin Pas) hanya manusia biasa. Bukan Nabi, bukan raja. Tak perlu bai'ah ini," katanya pada sidang media selepas memberi syarahan perdana di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.
Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, setiap calon yang bertanding dalam pilihan raya wajib berbai'ah sebagai satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah.
Katanya, tujuan bai'ah dilakukan bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya. 
 
Abdul Hadi berkata lagi, sesiapa yang melanggar bai'ah yang dibuat "maka akan celaka dunia dan akhirat."
 
Selain itu, Mahathir berkata, bai'ah yang dibuat oleh Pas bertujuan untuk mengongkong pemikiran ahlinya agar tidak menerima pendapat yang berlainan daripada matlamat parti itu. 
 
"Bai'ah ialah kita bersumpah setia pada pemimpin. Mereka manusia dan buat salah. Malah banyak pemimpin Pas yang buat salah dari segi agama," katanya. 
 
Sementara itu, mengulas mengenai dasar Pas yang dilihat menyeleweng daripada matlamat asal untuk menubuhkan Negara Islam, Mahathir berkata, parti itu sanggup membuat apa sahaja sehingga sanggup bekerjasama dengan DAP. 
 
Katanya, Pas lebih rela bekerjasama dengan DAP berbanding Umno.  
 
"Dulu kita dah pernah buat (bergabung) dengan masukkan Pas dalam (Barisan Nasional) BN. Tapi dia (Pas) bukan perjuangkan BN tetapi cuma kembangkan pengaruh dia sahaja. Jadi tidak ada keikhlasan mereka untuk bekerjasama. Sebab itu kita berpisah. 
 
"Sehingga kini mereka tak nak bekerjasama dengan Umno tetapi lebih suka dengan DAP sehingga gugurkan (konsep) Negara Islam, Itulah Pas," katanya lagi.