Posted by Addin at 8/09/2012
Kerana gambar inilah pegawai Umno di pecat
Kesalahannya hanya sedikit sahaja kerana membawa anaknya cukur jambul
dengan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz seorang pegawai di ibu pejabat
Umno dipecat dari jawatannya. Begitulah kekejaman Umno di atas muka bumi
ini.Kejadian ini berlaku penghujung bulan lepas.
Pegawai berkenaan yang dikatakan seorang dedikasi tidak pun diberi
peluang untuk membela diri atau menjelaskan kenapa beliau membawa
anaknya bercukur jambul dengan Nik Aziz.
Ekoran tindakan itu
pegawai berkenaan yang sudah berkhidmat bertahun-tahun dengan ibu
pejabat Umno kehilangan kerja.Tindakan memecat kaki tangan tanpa
kesalahan fatal menjelaskan kerakusan dan kezaliman parti berfahaman
kebangsaan itu. Tindakan ini jelas berbeza dengan cara Pas menangani
masalah perbezaan fahaman politik.
Misalnya di Kuala Krai salah
seorang pengerusi Ladang Rakyat yang menyokong salah seorang bakal
calon Umno tidak dikenakan apa-apa tindakan.Perbuatan pengerusi Ladang
Rakyat itu bukan secara senyap tetapi terang-terangan yang sepatutnya
sudah dipecat kerana membantu bakal calon lawan.Umno perlu
memperbetulkan tindakan rakus seperti ini untuk mengelakkan ianya
dianggap zalim.
Apalah salahnya kalau pegawai berkenaan membawa
anaknya cukur jambul. Mungkin dia berbuat demikian kerana di dalam Umno
tidak ada mana-mana tokoh yang pandai dan arif dengan budaya cukur
jambul.Jamil Bahrom walaupun menteri agama tetapi jarang nampak dia
mencukur jambul budak sebaliknya jambul beliau yang terlihat apabila
beliau terlupa memakai songkong.
Khabarnya tindakan ke atas
pegawai ini dilakukan selepas sebuah blog liar pro Umno menyiarkan
gambar pegawai berkenaan yang sedang mencukur jambul anaknya dengan Nik
Aziz. Umno oh Umno! ~mso