Tanah
Merah - Dua lelaki mati selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba
menaikkan bendera menggunakan buluh dalam kejadian di Kampung Tengah,
Bukit Panau, dekat sini malam kelmarin.
ANGGOTA
polis dan penduduk kampung mengangkat mayat Rosli dan Mohd. Daishan di
Kampung Tengah, Bukit Panau, Tanah Merah malam kelmarin untuk dibawa ke
Hospital Tanah Merah.Rosli Hussin, 47, yang merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan rakannya seorang penoreh,
Mohd. Daishan Ibrahim, 37, masing-masing ditemui mati pada kira-kira
pukul 12 tengah malam di tempat kejadian dengan kesan lebam di telinga
dan kaki akibat terkena arus elektrik bervoltan tinggi.
Ketua
Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitendan Abdul Aziz Mahmud,
berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa memegang buluh
sepanjang 12 meter yang dipercayai basah dengan niat menaikkan bendera
sebuah parti politik.
Tanpa diduga, buluh yang dipasang dengan
bendera itu terkena kabel yang berada pada ketinggian sembilan meter
sebelum kedua-dua mangsa terkena kejutan elektrik.
Menurut Abdul
Aziz, kejadian itu kemudian disedari penduduk kampung sebelum mereka
mendapatkan bantuan pihak polis dan hospital berdekatan. -kosmo
Dua rakan maut kena elektrik sebab pasang bendera politik
Gara-gara
bersemangat untuk memasang bendera sebuah parti politik, dua rakan maut
terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk
menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di
Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam Jumaat.
Rosli
Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan
pengsan selepas terkena renjatan elektrik itu, disahkan mati di tempat
kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah.
Abang
ipar seorang daripada mangsa, Che Musa Mamat berkata adik iparnya,
Rosli bersama empat rakannya ke kawasan itu untuk mendirikan buluh
setingga kira-kira 12 meter untuk menaikkan bendera itu pada pukul 12
tengah malam.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Abdul Aziz
Mahmood ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian
itu awal pagi Sabtu.
Beliau menasihatkan orang ramai, khasnya
penyokong parti politik supaya jangan terlalu ghairah bertindak memasang
bendera politik sehingga mengabaikan keselamatan diri. Bernama
P/S: No komen! Al Fatihah sahaja yang mampu diucapkan. Tempat
berlaku ini hanya 500 meter sahaja dari rumah saya. Dah riuh rendah
satu bandar Tanah Merah. Malam tadi keluar berita tv3 dua rakan maut
sebab pasang sebuah bendera parti politik. Kenapa tak terus terang cakap
pasang bendera dacing. Wallahu'alam. -halimislam.com
Ulasan GBBetul juga kata Halimislam. Kenapa sembunyi "fakta" bahawa mereka itu petugas BN?
Jikalah
yang terkena itu adalah petugas PR, mungkin sudah kecoh seluruh media
massa arus perdana dengan segala macam mak nenek ulasan untuk
mempersalahkan PR!
Kini, dengan tolak tepi sentimen parti, semua
petugas yang memasang bendera, wajar berhati-hati agar tragedi di atas
tidak berulang lagi.
http://greenboc.blogspot.com/2012/04/dua-petugas-bn-maut-terkena-renjatan.html