Sunday, February 5, 2012

TANYA HASSAN ALI KALAU 72% KEPIMPINAN PAS ADALAH SEKULAR, BERAPA PERATUS SEKULAR DALAM KEPIMPINAN UMNO ?

Dengan memberikan peratusan yang yang boleh dikatakan anggaran tepat dalam perkiraan Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Yb Hasan Ali... yang mendakwa mendakwa 72 peratus kepimpinan PAS kini dikuasai oleh golongan sekular... cuba kita bertanya kepada beliau berapa pula peratusan sekular yang ada dalam kepimpinan Umno ?.

Apabila beliau boleh memberikan peratusan sekular yang ada didalam kepimpinan PAS sudah tentu beliau boleh memberikan peratusan sekular yang ada didalam kepimpinan Umno... ini kerana sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang konon nya memperjuangkan Islam ,Melayu dan Raja (IMR), sudah tentu beliau boleh memberi peratusan sekular dalam kepimpinan Umno kerana beliau tidak terikat dalam mana-mana parti politik.
Sambil mengatakan golongan itu sanggup mengenepikan perjuangan asal PAS untuk menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13... Beliau juga turut mengingatkan orang Melayu bahawa hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan akan terjejas jika membenarkan Pakatan Rakyat (PR) berkuasa di negara ini.
Dakwaan beliau tersebut telah diucapkan pada satu ceramah anjuran Pertubuhan Kemajuan dan Integriti Melayu Muar (Pekim) di Bukit Naning Muar Johor... yang dikatakan dihadiri oleh kira-kira 3500 orang, dan ini adalah antara ceramah beliau yang mendapat sambutan hangat sejak bemula nya Roadshaw beliau.
Apa yang pasti ucapan Beliau tersebut dengan tak secara langsung telah menempelak golongan Ulama yang ada didalam PAS... kerana tak bertindak menghalang kerjasama dalam PR yang disertai oleh parti-parti yang anti kan IMR, dan boleh dikatakan perjuangan beliau lebih mulia dari tokoh-tokoh Ulama seperti Tuan Guru Hj Abdul Hadi, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haron Din serta seluruh kepimpinan Ulama yang ada dalam PAS.
hemmmmm..... mula sekarang boleh lah dipanggil beliau dengan Tuan Guru Hassan Ali, memandangkan perjuangan beliau lebih hendakan Islam dari tokoh-tokoh ulama yang ada dalam pas... kah kah kah !!!. umno-perkasam-jati  betul-betul meloyakan  heeeee.....

1 comment:

Anonymous said...

Sekurang2nya kita nmpk perjuangan Dato hassan ali memperjuangkan isu murtad yg membimbangkan berbanding 'org2 lain' yg hny mencari kesalahan personaliti org lain shj.....tu x kena ni x kena....knp x bersyukur dgn keamanan yg dikecapi berbanding negara2 luar yg bergolak....sepatutnya kita mnerima cadangan Dato Najib yg dh cuba membuat transformasi, perpaduan & bermusyawarah dgn ulama....saya sbg bekas ahli PAS mula meragui kepimpinan PAS berbanding pada arwah Dato Fadzil Nor....jgn lupa sbb apa kita berpecah???????